Jangan Terus Brek - 5 Perkara Harus Anda Lakukan Jika Tayar Meletup Tengah Jalan Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection

Jangan Terus Brek – 5 Perkara Harus Anda Lakukan Jika Tayar Meletup Tengah Jalan

Share

Kejadian tayar meletup bukanlah perkara yang asing dan seringkali kita melihat sisa tayar berteraburan di atas jalan raya ketika sedang memandu.

Apabila berlaku, pemandu pastinya akan berasa panik dan tindakan pertama yang biasa dilakukan kebiasaannya akan menekan brek.

Jadi, sebenarnya apa perkara harus anda lakukan jika tayar meletup tengah jalan?

  1. Bertenang, dan jangan panik. Pegang dan kawal stereng dengan kuat menggunakan kedua-dua belah tangan.
  2. Jangan brek. Teruskan kawal kenderaan anda supaya berada di laluan yang betul dan lurus. Jangan cuba menukar arah kenderaan anda.
  3. Sekiranya anda memandu kereta manual, tukar ke gear rendah perlahan-lahan. Jika anda memandu kereta auto, biarkan gear berada pada Drive (D).
  4. Lepaskan kaki anda daripada pedal perlahan-lahan dan biarkan sahaja kelajuan kereta anda perlahan dengan sendiri.
  5. Apabila kelajuan kereta anda sudah berkurang sehingga 50 km/j, barulah tekan brek perlahan-lahan sehingga kereta anda berhenti.

Apabila kenderaan anda sudah berhenti dengan selamat, barulah anda boleh dapatkan bantuan. Yang penting, apabila berdepan dengan situasi begini, kekal tenang dan kawal kenderaan anda supaya tidak menyebabkan kemalangan.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!