Kerap Tukar Bateri Kereta? Ketahui 3 Faktor Cepat Rosak Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Kerap Tukar Bateri Kereta? Ketahui 3 Faktor Cepat Rosak

Share
Tukar bateri

Masalah berkaitan bateri kereta masih berlaku dalam tempoh dua tahun biarpun sudah tukar bateri beberapa kali.

Kalau diikutkan, bateri kereta sepatutnya mampu bertahan sehingga dua atau tiga tahun. Kondisi hayat bateri juga bergantung pada penggunaan kereta.

Enjin kereta gagal dihidupkan ketika mahu pergi kerja atau keluar dengan keluarga. Selepas diperiksa rakan ‘pomen’, dia mengatakan bateri sudah tamat tempoh dan perlu diganti.

Persoalannya, gantian bateri sudah kerap dilakukan. Bagaimana untuk mengetahui sama ada punca sebenarnya melibatkan bateri atau sebaliknya bagi mengelakkan pembaziran atau tukar bateri yang masih baik?

Tukar bateri
Kerap ganti bateri

Sinonimnya, bateri kereta boleh rosak dalam pelbagai cara. Kalau anda bukan mekanik terlatih mahupun pemandu yang mengambil berat tentang perihal selenggara, sukar mengetahui apa menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan secara tiba-tiba.

Seperti komponen kereta lain, bateri juga memerlukan perhatian anda supaya tidak cepat rosak dan mampu bertahan lama.

Ironinya, meskipun anda menjaga enjin kereta seperti menatang minyak yang penuh, tetapi jika berlaku masalah berkaitan bateri, enjin yang mantap itu masih gagal dihidupkan dan kereta tetap tersadai di tepi jalan.

kereta

1) Paling lazim bagi kereta sukar dihidupkan adalah disebabkan bateri sudah kehilangan kuasa atau dikatakan sebagai bateri mati.

Keadaan itu boleh berlaku kerana selepas mematikan enjin ada komponen yang mungkin masih berfungsi serta menyedut kuasa bateri tanpa pengetahuan anda.

Umpamanya anda terlupa memadam lampu kabin semalaman atau alternator sudah haus. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kegagalan mengecas semula bateri.

Sekiranya ada mempunyai penguji bateri yang boleh mengukur voltan dan arus ampere yang dihasilkan ketika enjin hidup, anda boleh menguji bateri untuk mengukur tahap kondisi jika ia lemah.

Tukar bateri
Kegagalan mengecas semula bateri

Faktanya, bateri perlu berada pada 12.5 volt semasa enjin dimatikan, sebaliknya 13.5 volt selepas enjin dihidupkan.


2) Dalam usaha pengecasan semula bateri, alternator perlu mengalirkan sekurang-kurangnya satu volt lebih daripada sistem perlukan.

Alternator memainkan peranan cukup penting untuk mengecas semula bateri ketika kereta bergerak. Jadi tiada gunanya anda kerap tukar bateri jika komponen lain yang bermasalah.

Periksa tahap elektrolit dalam bateri kereta anda jika menggunakan bateri basah biasa.

Sebaliknya jika anda pengguna bateri tanpa-senggara (maintenance free), anda tidak boleh periksa tahap elektrolitnya dan perlu digantikan jika sudah penghujung tempohnya.

Tukar bateri
Maintenance free battery

3) Jika masih ragu-ragu, dapatkan bantuan pakar seperti team Bateriku.com untuk memeriksa kondisi bateri, alternator, sistem penghidup dan sistem pengecasan semula.

Berkemungkinan bateri berisiko overcharging, kurang kuasa atau sudah kong. Semua faktor itu berpunca daripada masalah bateri.

Jika enjin kereta anda boleh dihidupkan dengan menyambung pada kereta lain (jump start), berkemungkinan besar bateri anda sudah mati.

Kalau kereta masih mampu bergerak lancar dengan enjin tidak tersengguk-sengguk dan boleh dihidupkan keesokan harinya, bateri anda mungkin masih boleh berfungsi.

Seandainya ujian voltan menunjukkan tindak balas sebaliknya, sudah tiba masanya untuk tukar bateri kereta anda.

Semakan pada voltan dan alternator mampu memberikan anda jawapan yang lebih utuh, sama ada bateri kong atau sistem kenderaan yang bermasalah.

Jika sudah tiba masanya untuk menggantikan bateri kereta, itulah solusi terbaik bagi menjawab persoalan di atas.

Tukar bateri
Periksa kondisi bateri & alternator

Jika tidak, anda masih boleh menggunakan bateri itu sehingga hujung hayatnya. Elakkan pembaziran atau kena ‘cong’ daripada tukar bateri yang masih berfungsi dengan baik.

Usai saja menggantikan bateri jika perlu, rajinkan diri untuk membersihkan sambungan bateri untuk memastikan hubungan ‘akrab’ mampu terjalin antara kabel dan komponen itu.

Kaedah itu akan memberikan jaminan bateri baru diganti berupaya menyerap kuasa yang diperlukan dari alternator dengan baik.

Pendek kata, wajib setiap pemilik kenderaan memeriksa kondisi bateri dan menyelenggara kereta yang dipandu harian agar mampu berkhidmat serta berjasa pada tahap terbaik.

Jika tidak, setiap bulan anda akan pening kepala dan koyak poket memikirkan perihal kereta yang kerap bermasalah seperti tiada noktah.

Berjimat cermatlah selagi boleh tatkala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menghimpit kita semua ketika ini. 

Bantu memanjangkan hayat bateri kereta anda dengan 7 tip ini – baca di sini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

1 Comment

  1. Beteri baru,alternator baru,esok nak start langsung tak ada api

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!