Lewis Hamilton Cipta Sejarah Samai Rekod Tujuh Kejuaraan Milik Michael Schumacher Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Lewis Hamilton Cipta Sejarah Samai Rekod Tujuh Kejuaraan Milik Michael Schumacher

Share

Lewis Hamilton mencipta sejarah kejuaraan Formula One apabila merangkul kejuaraan ketujuhnya pada Grand Prix Turki dengan menyamai rekod Michael Schumacher.

Bulan lalu, pemandu Britain itu meleburkan rekod Schumacher dengan memenangi 91 Grand Prix sekaligus menjadikannya pelumba paling berjaya dalam sukan itu.

Dengan kemenangan ini, beliau menambah koleksi kejuaraannya sebelum ini pada musim  2008, 2014, 2015, 2017, 2018 dan 2019 dan menjadikan jumlah kemenangan Grand Prix kepada 94 kemenangan.

Walaupun bermula di petak keenam, beliau tidak menghadapi masalah untuk menamatkan perlumbaan sebagai juara.

“Ini adalah untuk kanak-kanak di luar sana yang mengimpikan sesuatu yang mustahil. Anda mampu melakukannya,” katanya sejurus melintasi garisan penamat.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!