Memang Kerja Gila! Volvo Jatuhkan 10 Kereta Pelbagai Model Dari Ketinggian 30 Meter - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Pandu Uji Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Memang Kerja Gila! Volvo Jatuhkan 10 Kereta Pelbagai Model Dari Ketinggian 30 Meter

Avatar
Share
Volvo

Ramai orang menganggap Volvo sebuah jenama berasal dari Eropah, namun ada juga yang mengatakan ia buatan Jerman. 

Triva – Sebenarnya, Volvo Cars bermula di Gothenburg, Sweden sejak 1927, dan kenderaan pertama yang dihasilkan adalah ÖV4 atau nama singkatannya, Jakob.

Kemunculan pengeluar automotif gah ini cukup terkenal dalam pasaran pembuatan kereta di dunia sehingga Volvo dicop antara model kenderaan mewah.

Biarpun Volvo diangkat sebagai kereta orang berada, rata-rata ramai tidak menafikan bahawa kos penjagaan serta selenggara (maintenance) lebih berpatutan jika dibandingkan dengan jenama mewah yang lain seperti Audi, Mercedes, BMW dan lain-lain.

Adakah anda seorang pengguna atau pemilik kereta Volvo? Boleh kongsikan pandangan diruangan komen di bawah.

Baru-baru ini, Volvo Cars telah melakukan ujian kemalangan paling ekstrem yang pernah dibuat oleh pengeluar jenama kereta.

Mereka menjatuhkan beberapa kereta baru berulang kali menggunakan kren dari ketinggian mencecah 30 meter (98.4 kaki).

Dengar macam tak masuk akal tapi itulah kerja gila yang ditunjukkan jenama dari Sweden ini demi ujian kemalangan.

Pasti ada yang tertanya, mengapa Volvo sanggup melakukannya sedangkan pengeluar automotif ini mempunyai kemudahan ujian yang sangat baik dan fasiliti lengkap? Anda jangan terkejut selepas mengetahuinya.

kereta

Jawapan yang dikongsikan oleh Carscoops, Volvo Cars sengaja ingin memberi peluang latihan kepada pekerja penyelamat (rescue services) mereka dalam situasi yang lebih mencabar serta realiti!

Pakar pengekstrakan sering menggunakan kereta yang sudah terbabas atau rosak sebagai modul latihan di Pusat Keselamatan Kereta Volvo untuk mengasah kemahiran serta misi menyelamatkan nyawa mereka.

Walau bagaimanapun, ujian simulasi (trial test) yang dilakukan sering berhadapan pelanggaran atau situasi kemalangan yang biasa.

Jadi, bagi membolehkan pasukan penyelamat mereka lebih bersiap siaga berdepan senario yang lebih mencabar dan mensimulasikan situasi kemalangan paling ekstrem, Volvo tampil dengan idea kerja gila ini.

Kata mereka, “We took things one step further”.

Volvo
Beberapa jenis model Volvo dijatuhkan dari ketinggian 30 meter

Buat pertama kalinya, Volvo Cars menjatuhkan beberapa model baharu menggunakan tren dari ketinggian 30 meter!

Seperti yang anda boleh bayangkan, eksperimen itu membantu menghasilkan impak kerosakan yang ketara seakan-akan berlaku ketika insiden insiden kemalangan jalan raya paling ekstrem.

Sebagai contoh, kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu pada kelajuan maksima, rempuhan antara kereta dan trak dengan kelajuan tinggi, atau accident pelanggaran kereta dari sisi.

Dalam situasi itu, mangsa yang terperangkap di dalam kereta akan berada dalam keadaan kritikal.

Jadi, keutamaan misi pasukan penyelamat adalah mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Ujian simulasi itu turut menetapkan tempoh yang sepatutnya mangsa perlu dikeluarkan, dalam masa satu jam selepas pelanggaran dengan menggunakan bantuan alat penyelamat hidraulik yang dikenali sebagai ‘the jaws of life’.

Volvo
Ujian simulasi dengan situasi kemalangan sebenar

Menurut Penyiasat Kanan Pasukan Penyelidik Kemalangan Trafik Volvo Cars, Håkan Gustafson, kebiasaannya kru penyelamat hanya melakukan misi tersebut di makmal, dengan impak kemalangan yang tidak ketara, tetapi ‘kerja gila’ itu merupakan ujian yang sebenar dan kali pertama di lakukan oleh pengeluar kereta Sweden ini.

We knew we would see extreme deformations after the test, and we did this to give the rescue team a real challenge to work with“. 

Volvo
Kru penyelamat diberi masa satu jam untuk misi menyelamat

Secara keseluruhan, Volvo Cars telah menggunakan 10 model yang berbeza setiap kali kereta dijatuhkan dari tren.

Setiap penemuan daripada kemalangan tersebut akan dikumpulkan dalam laporan penyelidikan terperinci termasuk ujian kecekapan pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa.

Volvo Cars akan menyediakan hasil modul ujian itu secara percuma untuk kegunaan serta panduan kru penyelamat kemalangan dan pelanggaran kenderaan di seluruh dunia.

Terima kasih Volvo atas kesudian berkongsi keputusan ujian simulasi kemalangan yang cukup luar biasa ini! 

Sekiranya anda terlepas, tular di media sosial penampilan SUV kompak baharu Perodua secara tidak rasmi – baca di sini


Volvo
Photo Gallery/Sumber - Carscoops
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!