Mercedes-AMG GLC Coupe Baharu Dilancarkan di Malaysia - Harga RM499 ribu & Pemasangan Tempatan - Verst Motor Maniac

Type to search

Motor Maniac Pandu Uji Pilihan Motor Maniac

Mercedes-AMG GLC Coupe Baharu Dilancarkan di Malaysia – Harga RM499 ribu & Pemasangan Tempatan

Share
Mercedes

Mercedes-AMG lebih daripada sekadar pengeluar kenderaan berprestasi tinggi, AMG menjanjikan langkah serta gaya memandu pada standard yang lebih jauh.

Gaya autentik, pemanduan dinamik dan berkat ‘DNA’ AMG yang terkenal, Mercedes AMG GLC 43 4Matic Coupe telah dilancarkan di pasaran Malaysia! Agak panjang sedikit nama modelnya tetapi tetap mantap.

Mercedes-Benz Malaysia telah memperluas barisan kenderaan sports utility vehicle (SUV) GLC mewahnya dengan penyertaan varian 43 4Matic Coupe yang berpaksikan prestasi semata-mata.

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan sebuah kenderaan dengan pemasangan tempatan atau lebih dikenali Complete Knocked Down (CKD) yang baharu bagi memeriahkan kehadiran varian GLC Coupe.

GLC 43 4Matic Coupe merupakan varian berkuasa tinggi yang dipasang secara tempatan dan dijual di atas jalan (on road) dengan pengecualian cukai jalan serta tanpa insurans.

Harga siri AMG GLC ini mencecah RM498,723. Jangan risau, waranti tanpa had jarak tempuh selama empat tahun disertakan dengan setiap pembelian varian ini. Good price, great offer!

Trivia – Buat pengetahuan anda, AMG membawa maksud “Aufrecht Melcher Großaspach”.

kereta

Varian ini mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan yang lasak dan berkuasa tinggi, ditambah dengan jenama berprestasi tinggi AMG, sekali gus meletakkannya pada kedudukan antara kereta mewah yang memiliki pemanduan terbaik.

GLC 43 4Matic Coupe dikuasakan dengan enjin V6 3.0 (twin turbo) yang mampu menghasilkan 390 kuasa kuda (hp) dari 5,500 hingga 6,100 rpm dan daya kilas 520Nm dari 2,500 hingga 5,000 rpm.

Model terbaharu ini turut dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift TCT 9G, berupaya memecut sehingga 100 km sejam (km/j) dalam tempoh hanya 4.9 saat sahaja.

Sistem kelajuan elektronik akan automatik menghadkan kelajuan kereta sebelum mencapai 250 km/j.

Mercedes
Mercedes AMG GLC 43 4Matic Coupe

Reka bentuk dalamannya juga menampilkan inspirasi sporty seperti kemewahan bahagian luarannya.

Anda boleh perhatikan tempat duduk sporty yang menawarkan sokongan sisi lebih baik kepada pemandu serta penumpang hadapan. Fungsi macam bucket seat, tapi ini versi bangsawan.

Lebih menarik, rekaan dalaman GLC 43 4Matic Coupe membolehkan penumpang mempunyai lebih ruang untuk meletakkan barangan, selain pelbagai ciri keselamatan dan keselesaan bagi pemanduan jarak jauh.

Pemilik varian ini dapat memilih salah satu daripada lima program pemanduan yang merangkumi Slippery, Comfort drive, Sport, Sport + dan individual driving mode.

Semua mod pemanduan bergantung kepada mood dan citarasa anda sebagai pemandu.

Mercedes

Selain itu, sistem hiburan kenderaan menampilkan skrin paparan bersaiz 12.3 inci di bahagian tengah di samping skrin instrumen digital 10.25 inci di bahagian pemandu.

Fungsi tersebut boleh dikawal selia oleh pemandu menerusi kawalan pergerakan atau pengaktifan arahan suara ‘Hey Mercedes’. Bukan Proton X50 atau X70 je yang ada fungsi voice assistant ini.

Untuk lebih keselesaan dan kemudahan, pengeluar automotif SUV Jerman ini dilengkapi dengan sliding sunroof, wireless charging serta kawalan iklim automatik dwi-zon.

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, GLC 43 4Matic Coupe dilengkapi dengan sistem kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif dengan Parktronic, lampu brek adaptif, pakej bantuan memandu, pintu belakang operasi bebas tangan, tujuh beg udara, sistem Pra-selamat, Tirefit dan sistem pemantauan tekanan angin tayar serta lain-lain.

Mercedes
21-inch five twin-spoke AMG roda ringan dengan tayar siri 255/40

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp, model GLC 43 4Matic Coupe baharu ini mengetengahkan elemen keseimbangan sempurna merangkumi prestasi, kelajuan dan fungsi.

Ketangkasan varian ini cukup luar biasa dan dinamik pemanduan sporty merupakan bukti janji jenama Mercedes-Benz mengenai prestasi pemanduan dalam segmen ini,” tambahnya lagi.

Itulah peningkatan yang ketara untuk Mercedes-AMG GLC 43 4Matic Coupe berbanding model sebelum ini seperti GLC 63 S 4Matic atau GLC 200.

Sekiranya anda terlepas, seorang Vlogger Rusia sanggup bakar Mercedes-AMG GT 63 demi konten dan gara-gara bengang – baca di sini.

Papan pemuka digital penuh
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!