Mercedes Beri Bayangan Bakal Lancar 'Sports Car' Elektrik Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Mercedes Beri Bayangan Bakal Lancar ‘Sports Car’ Elektrik

Share

Ketua Pegawai Eksekutif Daimler, Ola Kallenius memberi bayangan bahawa Mercedes merancang untuk mencabar jenama pesaing, Porsche dengan memperkenalkan model prestasi plug-in.

Beliau memberitahu majalah Jerman, Manager Magazin dalam sebuah temubual bahawa kemungkinan besar Mercedes akan memperkenalkan kenderaan elektrik untuk kereta sports pada tahun-tahun akan datang.

“Kami mempunyai portfolio produk yang sangat komprehensif, termasuk kereta sports yang sangat menarik, dan kereta sports juga akan dikuasakan oleh elektrik di masa akan datang,” kata Harald Wilhelm, CFO Daimler di Bloomberg Television. “Jadi nantikan.”

Tesla telah mempopularkan kenderaan elektrik dengan membuktikan bahawa mereka mampu menandingi atau mengalahkan kereta sports. Porsche juga turut mula menjual model elektrik sulungnya, Taycan, akhir tahun lalu.

Kini, Mercedes harus ‘mengejar’ pesaing-pesaingnya dengan menghasilkan jentera sports elektrik untuk menambat hati pelanggan dan juga mematuhi standard pelepasan asap yang lebih ketat.

Tahun hadapan, Mercedes akan melancarkan sedan ‘flagship‘nya, S-Class dengan sedan elektrik yang dipanggil EQS.

Selain itu, Mercedes juga akan mengeluarkan Mercedes-AMG One, sebuah supercar hibrid plug-in dengan 1.000 tenaga kuda, yang digunakan dalam kereta Formula Satu, untuk kegunaan di jalan raya.

[Sumber: Automotive News]
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!