Nak tukar bateri kereta sendiri? Ini 8 Panduan Keselamatan Perlu Anda Tahu Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Motor Maniac

Nak tukar bateri kereta sendiri? Ini 8 Panduan Keselamatan Perlu Anda Tahu

Share
bateri

Trend menukar bateri kereta secara do it yourself (DIY) semakin mendapat perhatian pengguna kenderaan di Malaysia.

Peredaran zaman kini yang lebih mudah untuk mendapat informasi menerusi dalam talian dan media sosial menyebabkan anda tidak perlu pergi ke bengkel lagi. Semuanya dihujung jari sahaja.

Dari sumber internet serta koleksi video di YouTube juga membantu pemilik kereta tukar bateri tanpa menunggu ‘pomen’ datang ke lokasi.

Namun, adakah cara pengendalian bateri kereta yang dipelajari secara DIY cukup selamat dan mampu mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku?

Berikut panduan keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa mengendalikan bateri kereta anda sekiranya bateri kong atau kereta tidak boleh hidup.

kereta

1 – Pastikan anda berada di kawasan terbuka

Bila bateri kong, anda pasti panik. Jadi, keadaan ini menyebabkan anda tidak berfikir panjang.

Sebaiknya anda berada di kawasan yang tidak mempunyai had pengudaraan kerana bateri mempunyai bahan kimia.

Elakkan daripada terhidu bahan chemical yang ada pada bateri kerana ia boleh membahayakan kesihatan diri.

bateri

2 – Semak terlebih dahulu panduan bateri kereta

Kenali bateri kenderaan anda terlebih dahulu. Cara pengendaliannya, langkah keselematan, apa yang perlu dibuat, apa yang dilarang, cara tukar, jenis bahan kimia di dalam bateri dan sebagainya.

Panduan ini boleh didapati pada bahagian kotak bateri kereta. Jadi, sebelum buang kotak, teliti dahulu langkah-langkahnya.

3 – Jauhkan daripada kanak-kanak

Budak kecil tidak mengerti bahaya pada bahan kimia yang terdapat pada bateri.

Oleh itu, sebelum tukar bateri, sila pastikan kanak-kanak tidak berada berhampiran dengan bahagian enjin kereta semasa penukaran bateri dilakukan.

bateri

4 – Jauhkan semua benda logam dari kereta anda

Umum mengetahui, barangan logam berupaya mengalirkan arus elektrik dengan kekuatan voltan yang tidak disangka.

Jangan pandang remeh panduan ini walaupun anda hanya ingin memeriksa keadaan bateri kereta.

5 – Sila matikan enjin ketika periksa & keluarkan kunci

Bila kereta sudah tersadai akibat bateri kong, jangan dipaksa untuk menghidupkan enjin.

Bersikap redha dan hubungi team Bateriku.com sebelum anda melakukan proses DIY untuk menukar bateri. Pastikan kunci kereta dikeluarkan.

6 – Jangan hidupkan rokok atau nyalakan percikan api

Elakkan merokok ketika proses menukar bateri kereta. Api dan bahan kimia mudah berlaku tindakbalas. Bak kata peribahasam bagaikan api dengan asap. 

Puntung rokok atau abu terbakar boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dapat dijangka sekirnya percikan terkena bahan kimia dari bateri.

bateri

7 – Sediakan peralatan perlindungan

Kecederaan boleh berlaku walaupun hanya menukar bateri kereta. Panduan ini nampak remeh tapi ia penting untuk melindungi anda dari sebarang kemalangan semasa mengendalikan bateri.

Lebih baik mencegah daripada mengubati. Pakai sarung tangan, cermin mata keselamatan, kasut yang bertutup dan jauhkan barangan logam dari bahagian depan kereta.

Bateri kereta mengandungi asid sulfurik, elakkan daripada terkena kulit, mata atau pakaian. Sekiranya berlaku kecemasan, bilas dengan air sejuk dan dapatkan rawatan doktor dengan segera.

8 – Elakkan daripada menggunakan booster atau pengecas

Bahan kimia daripada bateri mengeluarkan gas yang mudah terbakar. Jadi elakkan daripada menyambung kabel booster atau mengubah/tukar sambungan bateri tanpa latihan yang betul.

Ia boleh merosakkan bateri kereta anda serta mengundang risiko bahaya. Kalau bateri lemah, tukar sahaja bateri kereta anda dengan menghubungi team Bateriku.com.

bateri

Tidak kira masa dan tempat, seandainya bateri kereta anda kong secara tiba-tiba, anda hanya perlu menghubungi Bateriku.com untuk mendapatkan bantuan dalam kadar segera.

Bateriku.com tidak mengenakan bayaran perkhidmatan (service fee). Anda hanya perlu membayar bateri kereta sahaja. Jangan risau, tiada caj tambahan mahupun caj tersembunyi.

Sekiranya anda kurang tahu apakah perbezaan bateri basah dan bateri kering, boleh baca di sini

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!