Tular: Penampilan SUV Kompak Baharu Perodua D55L Secara Tidak Rasmi - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Pandu Uji Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Tular: Penampilan SUV Kompak Baharu Perodua D55L Secara Tidak Rasmi

Avatar
Share
SUV

Kereta segmen B jenis Sport Utility Vehicle (SUV) semakin mendapat perhatian peminat automotif pasaran tempatan setelah Proton X50 dilancarkan secara rasmi beberapa minggu lalu.

Tawaran harga bagi varian jenis standard mendapat feedback yang positif kerana tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki – hanya RM79,200.

Sedikit sebanyak kemunculan Proton X50 ini bakal memberi saingan kepada penjualan beberapa jenama segmen B bagi sedan seperti Honda City 2020 dan Nissan Almera 2020 yang baru diperkenalkan.

SUV
Proton X50

Tapi semua peminat automotif tempatan sudah tahu kekuatan Proton X50. Bagaimana pula dengan model SUV segmen B yang sepatutnya berada di pasaran ketika ini.

Secara tidak langsung, impak Covid-19 turut terkesan pada sektor automotif yang lebih tertumpu pada pelancaran model baru.

Hal ini menyebabkan terdapat beberapa model kenderaan yang sepatutnya diperkenalkan terpaksa ditangguhkan gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

kereta

Semalam tular di Twitter ‘kelibat’ model SUV Perodua D55L yang berjaya dirakam oleh seorang pengguna, Abu Al Faraouq, di luar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya.

Biarpun model itu ‘dilindungi’ di sebalik corak wrapping samaran, gambar yang dikongsikan menunjukkan model D55L ini berada di atas trailer yang tertulis www.perodua.com.my dan terpampang jenama Perodua.

Sebelum ini, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad telah mengesahkan bahawa SUV terbaharu yang sedang dibangunkan mereka tidak akan dilancarkan tahun ini.

Jelasnya, pelancaran SUV segmen B ini tidaklah ditunda gara-gara pandemik, sebaliknya Perodua memang tidak merancang untuk memperkenalkannya seawal tahun ini.

Hal ini nampaknya bercanggah dengan laporan yang pernah menyatakan bahawa model D55L telah bersedia untuk dilancarkan pada suku kedua tahun 2020.

SUV
Presiden & CEO Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Apa pun, penulis berpendapat bahawa Perodua lebih bersikap terbuka dan menghormati kemunculan SUV segmen B jenama tempatan iaitu Proton X50.

Ibarat orang cakap memberi laluan dan menghormati mereka yang lebih berusia walaupun Perodua sebenarnya berupaya melancarkan model terbaharu, D55L untuk segmen SUV kompak.

SUV
Foto - Abu Al Faraouq

Info Perodua D55L

Ura-ura pengenalan model D55L dalam pasaran domestik sebenarnya mula diperkatakan oleh peminat jenama kereta tempatan sejak awal Mei 2019.

Berdasarkan gambar tular yang dikongsikan di Twitter, profil badan D55L ini dikatakan hampir mirip dengan Daihatsu Rocky – penghasilan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Model ini dihasilkan di Kilang Shiga, Jepun, yang juga membina kereta yang sama (rebadge) untuk syarikat induknya iaitu Toyota, kemudian dijenamakan sebagai Toyota Raize.

Jika anda ingin mengatakan Perodua D55L sebagai pesaing terus untuk Proton X50, mungkin jangkaan itu tidak tepat.

Saiz D55L lebih kurang sama kalau dibandingkan dengan Daihatsu Rocky dengan dimensi 3,995 mm panjang, 1,695 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan jarak roda 2,525 mm.

SUV
Model Daihatsu Rocky
SUV
Saiz & dimensi/Foto - Wap Car

Gambaran lebih mudah, model ini lebih besar dan dinamik daripada Perodua Kembara – SUV kompak pertama Perodua.

Jika diukur dari saiz, SUV kompak D55L ketinggalan dibelakang Proton X50. Model tersebut adalah SUV segmen B entry level, manakala Proton pula adalah SUV segmen B full spek.

Menurut infomasi rakan dunia automotif lain, Perodua D55L akan diperkenalkan dengan tiga pilihan varian yang terdiri dari Varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (flagship).

Seorang pengguna Twitter, Amirul Akmal berkongsi ciapan yang mengatakan SUV kompak ini didatangkan dengan screen floating tetapi interior finishing (kemasan) kurang menarik. 

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua) mengenai model terbaharu mereka, D55L.

Perodua cipta rekod penjualan tertinggi bulanan sepanjang 27 tahun beroperasi dalam pasaran tempatan – baca di sini.

SUV
Reka bentuk bahagian dalaman Daihatsu Rocky
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!