Penduduk Putrajaya Bakal Dapat Bas Percuma Mulai 1 November Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Penduduk Putrajaya Bakal Dapat Bas Percuma Mulai 1 November

Share

Berita baik buat warga Putrajaya! Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan Putrajaya yang akan mula beroperasi 1 November depan.

Kemudahan tersebut disediakan menerusi agensi KWP, Perbadanan Putrajaya (PPJ) di bawah inisiatif Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat khususnya warga Putrajaya mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan serta memudahkan masyarakat berurusan dengan kerajaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) Datuk Rosida Jaafar berkata, inisiatif bas percuma membabitkan kos RM12 juta setahun itu akan melibatkan 30 bas serta 12 laluan bas Nadi Putra di sekitar Putrajaya.

“Selain dapat meningkat aktiviti pelancongan domestik di pusat kerajaan ini ia juga mampu membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Bas Percuma di hentian bas Persiaran Perdana, Presint 2.

Laluan perkhidmatan bas percuma itu bermula di Kompleks E (T500) melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E) dan Persiaran Perdana (Presint 2, dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4.

Kekerapan bagi laluan utama itu adalah setiap 5 minit pada waktu puncak bermula 6.30 pagi sehingga 9 pagi dan 4 petang sehingga 6.40 petang.

Bas itu akan bergerak setiap 10 minit pada bukan waktu puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

[Gambar: Twitter @kw_seriwilayah]

Selain itu, bas tersebut juga akan melalui 11 laluan kawasan perumahan, komersil dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu dan cuti umum.

“Setakat ini 4,000 pengguna sudah mendaftar dan mereka berpeluang menggunakan perkhidmatan percuma untuk ke tempat kerja dan urusan seharian.

“Inisiatif bas percuma ini membabitkan anggaran kos berjumlah RM12 juta setahun dan dijangka meningkat 50 peratus pertambahan penumpang pada 2021,” tambah Rosida.

[Sumber: Metro]
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!