Perodua Pecah Rekod Jualan Bulanan Tertinggi Sepanjang 27 Tahun - Myvi Model Terlaris Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin Pandu Uji Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Perodua Pecah Rekod Jualan Bulanan Tertinggi Sepanjang 27 Tahun – Myvi Model Terlaris

Share
Perodua

Sejarah baru tercipta buat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd atau lebih kenali sebagai Perodua sepanjang 27 tahun beroperasi! 

Perodua terus mengekalkan prestasi cemerlang apabila sekali lagi memecahkan rekod jualan bulanan selepas berjaya mencatatkan sebanyak 26,852 unit kenderaan pada bulan Oktober.

Jika sebelum ini, Perodua telah mencipta rekod jualan bulanan sepanjang kewujudannya iaitu sebanyak 25,035 unit pada bulan sebelumnya.

Tiga model keluarannya kekal sebagai kenderaan paling laris di Malaysia setakat tahun 2020 selepas berjaya menjual 8,052 model Myvi, 6,895 model Bezza dan Axia sebanyak 6,738.

Perodua
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd

Macam biasa, Myvi terus mendominasi pasaran automotif tempatan dan menjadi kenderaan paling diminati dan terlaris di Malaysia.

Selain Myvi, dua lagi model MPV-SUV seperti Aruz dan MPV B-segmen, Alza masing-masing mencatatkan jualan sekitar 3,193 dan 1,974 unit.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zainal Abidin Ahmad, kejayaan rekod jualan bulanan tertinggi ini membuktikan komitmen syarikat itu terhadap penghantaran secepat mungkin dan perana dalam dalam memulihara ekosistem automotif.


Dari segi kapasiti pengeluaran, Perodua berada di 98 peratus secara purata pada bulan Oktober dengan 26,362 kenderaan yang juga merupakan pengeluaran bulanan tertinggi daripada kilang kami di Sungai Choh, Rawang“.


Perodua
Myvi terus menjadi kenderaan paling laris di Malaysia
kereta

Setakat ini, Perodua telah membelanjakan kira-kira RM600 juta bulan lalu untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

Impak itu turut memberikan kesan unjuran ekonomi yang mampan kepada ekosistem automotif tempatan setelah terkesan dengan pandemik Covid-19.

Kejayaan mencatatkan rekod jualan tertinggi didorong dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga mereka.

Ini termasuk arahan untuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah bersama dengan SOP awal yang diperkenalkan sejak Mei lalu.

SUV
Presiden & CEO Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Tambah Datuk Zainal lagi, komponen penyelenggaran kenderaan termasuk stok alat ganti ketika ini adalah mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan pelanggan serta tempahan.

Hal ini kerana kebanyakan penghasilan kenderaan dikilang secara tempatan, born in Malaysia. Itulah kelebihan produk buatan tempatan! 

Pengekalan momentum jualan serta pengeluaran amat penting bagi memastikan permintaan kekal tinggi, penghantaran mengikut masa dan memuaskan hati pelanggan yang dihormati.

“Dengan komitmen para pembekal dan pengedar sah yang wujud, Perodua dapat menjual lebih banyak model dalam pasaran tempatan, di samping memastikan kepuasan pelanggan kerana kenderaan yang ditempah berjaya dihantar dalam tempoh singkat,” jelasnya dalam kenyataan media.

Perodua
Rebat hingga RM2,000

Perodua menyokong penuh saranan kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) sehingga akhir tahun ini sebagai usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Di samping itu, Perodua menawarkan penebusan tunai sehingga RM1,500 untuk model Aruz (tertakluk terma dan syarat) sehingga 30 November ini ke atas amaun pengecualian cukai semasa.

Anda berpeluang menikmati rebat sehingga RM2,000 (tertakluk terma dan syarat) dan waranti sehingga 18 bulan untuk kenderaan Perodua pra-milik.

Dapatkan maklumat lanjut di Bilik Pameran Perodua POV di Perodua Kuala Lumpur atau layari http://bit.ly/PeroduaPreOwnedVehicles untuk butiran lebih lengkap.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Perodua
Perodua - Rediscover Driving

Menurut data jualan yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kereta penumpang Perodua menunjukkan peningkatan daripada 22,604 sejak Ogos kepada 25,035 pada September.

Ini menjadikan jualan keseluruhan pengeluaran model Perodua tahun ini sehingga September sahaja mencatatkan 145,012 buah kenderaan. 

Tambah MAA lagi, prestasi jualan yang meningkat pada September tahun ini berbanding bulan sama tahun lalu dan Ogos tahun ini disebabkan kempen promosi berterusan oleh syarikat kereta serta penghasilan kenderaan yang lebih banyak.

Berkemungkinan penamatan lanjutan moratorium akan mendorong orang ramai lebih berhati-hati ketika berbelanja dan MAA menjangkakan penurunan jualan kenderaan menjelang hujung tahun ini.

Sekiranya anda terlepas, 5 sebab Myvi diangkat sebagai kereta ‘legend’ di Malaysia – baca di sini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!