Proton Lancar PCPO, Platform Khusus Jual Beli Kereta Terpakai Daripada 36 Pengedar Seluruh Negara - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Proton Lancar PCPO, Platform Khusus Jual Beli Kereta Terpakai Daripada 36 Pengedar Seluruh Negara

Avatar
Share
jual beli

Proton Holdings Bhd atau lebih dikenali sebagai PROTON telah melancarkan secara rasmi laman web (website) khas untuk jual beli kereta terpakainya sejak semalam (12 November).

Langkah ini membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai stok semasa daripada 36 pengedar di seluruh negara. Jika sebelum ini, hanya lapan pengedar sahaja dibawah program PCPO.

Setiap pengedar yang terlibat perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, dan bersetuju mengambil langkah diperlukan dalam memenuhi permintaan tukar beli kenderaan Proton.

Menerusi inisiatif yang dipanggil Proton Certified Pre-Owned (PCPO), pemilik Proton berpeluang menerima tawaran hebat pembelian model baharu setelah jual beli kenderaan.

Dengan langkah ini, Proton berupaya mengawal penstabilan dan peningkatan nilai kenderaan jenama Proton terpakai di pasaran tempatan secara berperingkat, selain membantu meningkatkan jualan model baharu yang berada di pasaran.

Dalam kenyataan yang dikongsikan, Proton berkata berikutan jumlah jualan kereta yang meningkat pada 2019, ia jelas menunjukkan bahawa kecekapan pemprosesan jual beli kereta pelanggan yang lebih mudah.

Kaedah sebegini dilihat sebagai kunci untuk mengekalkan kadar pertumbuhan kenderaan jenama tempatan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata, kewujudan PCPO dalam bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) bakal membina rangkaian pengedar sah yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama model baharu Proton.

Semua pengedar perlu memenuhi beberapa syarat dan bersetuju mengambil langkah yang diperlukan bagi menyediakan stok tukar beli mereka sebelum digantikan atau dijual”.

kereta

Berikut adalah syarat lain bagi penukaran kereta & jaminan PCPO

  • Kereta tidak melebihi tujuh tahun dengan jarak tempuh tidak melepasi 130 ribu kilometer (KM) semasa jual beli.
  • Kereta mestilah bebas kerosakan disebabkan banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kenderaan.
  • Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun untuk bahagian enjin dan kotak gear.
  • Khidmat servis percuma boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran kereta.

jual beli
Proton Certified Pre-Owned

Tambah Roslan, PCPO adalah pendekatan terbaru Proton untuk mewujudkan ekosistem secara keseluruhan.

Selain menawarkan produk baharu dan ditambah baik, langkah ini bagi menarik perhatian pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai serta menawarkan kaedah yang cepat dan mudah dalam urusan pemilikkan kenderaan.

Menariknya, laman khusus itu turut menawarkan jenama kereta lain yang telah ditukar beli melalui PCPO, tetapi kenderaan itu tidak akan menerima benefit atau jaminan tambahan daripada syarikat.

jual beli
Jaminan PROTON

Namun, jenama kereta lain tetap menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sekiranya perlu sebelum ditawarkan kepada orang ramai.

Tawaran kereta terpakai berkualiti tinggi, jaminan yang menyakinkan dan urusan tukar beli yang memudahkan pelanggan dilihat sebagai pendekatan lebih proaktif dalam memacu pertumbuhan serta peningkatan jualan kereta terpakai Proton.

Cara untuk trade in kereta anda untuk tawaran fantastik

  • Upload vehicle details and photo online
  • Sales advisor provides quotation and schedules appointment for inspection
  • Inspection and final quotation
  • Customer to submit all transfer documents
  • Settlement
jual beli
Tell us about your dream car - PROTON

Menurut laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), permintaan jualan kereta terpakai meningkat 100 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020.

Peningkatan jualan turut berlaku sepanjang pandemik Covid-19 biarpun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau Bersyarat dilaksanakan.

Oleh itu, PROTON melihat potensi jualan kereta terpakai sebagai salah satu strategi pemasaran serta perancangan pertumbuhan jangka masa panjang yang baik.

Kewujudan platform jual beli kereta terpakai ini memberi ruang kepada pelanggan untuk melihat stok jualan dari dalam talian di samping menyemak anggaran nilai untuk kereta Proton idaman mereka.

Syabas PROTON atas pelancaran platform (website) Proton Certified Pre-Owned. Untuk maklumat lanjut, sila layari – Proton Used Car

Masalah berkaitan bateri kereta tetap berlaku dalam tempoh terdekat biarpun sudah kerap menukar bateri, ketahui 3 faktor bateri cepat rosak – baca di sini

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!