Proton SUV X50 Dilancarkan Dengan Harga Serendah RM79,200 - 5 Tahun ‘Warranty’ Tanpa Had Jarak - Verst Motor Maniac

Type to search

Motor Maniac Buletin Pandu Uji Pilihan Motor Maniac

Proton SUV X50 Dilancarkan Dengan Harga Serendah RM79,200 – 5 Tahun ‘Warranty’ Tanpa Had Jarak

Share
SUV
  • Proton dilaporkan telah menerima lebih 20 ribu tempahan selepas dua minggu pra-pelancaran.
  • Model SUV X50 dilancarkan secara rasmi hari ini menerusi strim di Facebook Proton Cars Official.
  • Penapis kabin N95 menawarkan persekitaran yang lebih bersih & sihat sepanjang pemanduan Proton X50.

Malaysia telah memperkenalkan Proton X70 pada 2018. Kehadiran model dengan reka bentuk sports-utility-vehicle (SUV) telah menetapkannya pada satu tahap yang membanggakan.

Tepat 10.50 pagi sebentar tadi, ramai peminat automotif pasaran tempatan begitu teruja untuk mengikuti pelancaran Proton X50 secara maya.

Buat masa kini, telah banyak perubahan serta norma baharu yang berlaku di serata dunia susulan implikasi daripada Covid-19.

Sebagai sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab, Proton turut bersama-sama membantu mengurangkan penyebaran risiko wabak dengan mengadakan pelancaran secara maya.

Proton X50
Pengerusi Proton, Dato’ Sri Syed Faisal Albar

Proton Holdings Bhd berada pada tahap yang lebih baik selepas kejayaan demi kejayaan diraih hasil kolaborasi terbaru Proton dan Geely.

Menurut Dato’ Sri Syed Faisal Albar selaku Pengerusi PROTON, pemanduan Proton X50 bakal memberikan setiap saat, setiap pusingan, setiap selekoh, setiap km per jam adalah sangat mengujakan.

Untuk makluman semua, X50 dipasang sepenuhnya di Tanjung Malim dengan nilai vendor terlibat mencecah RM1.8 bilion. Ini membuktikan bahawa pengeluar kereta tempatan berupaya membantu dalam mengembangkan serta merangsangkan ekonomi negara“.

Proton X50
Proton Tanjung Malim
SUV
Proton X50

Apa yang menarik pada Proton X50?

Dual Tone Exterior – dua tona dengan cermin bumbung serta cermin pintu hitam dipadankan untuk penampilan kontemporari moden, Full LED – lampu depan LED penuh serta Front Welcome Lamps – lampu alu-aluan didepan.

Tema sporty turut diangkat ke sisi profil Proton X50 dengan roda aloi bersaiz 18 inci dengan caliper brek merah manakala di bahagian belakang lampu LED yang dipadankan dengan spoiler dan atap ekzos yang dipasang. Inilah kekuatan pada X50, SUV Sporty.

Dual Tone Interior – dua tona warna dibawa ke bahagian dalam. Proton X50 memberikan sentuhan sporty di luar sama seperti yang kelihatan di dalam. Stereng turut dibaluti dengan material kulit serta meter papan pemuka menggunakan kombinasi LCD yang canggih.

Menariknya, tema warna pada skrin boleh diubah bergantung pada mod pemanduan iaitu normal, eco dan sport.

Fungsi Voice Command juga membantu sebagai “floating floor console” untuk membuka bumbung matahari yang menawarkan pemandangan panoramik. Ia bukan sahaja mendengar tetapi juga memahami anda sebagai pemandu.

Menyentuh mengenai kesambungan, aplikasi Proton Link membantu anda menghidupkan enjin Proton X50 dan mengawal suhu penyaman udara bagi memastikan kabin dan penumpang disejukkan sebelum perjalanan dilakukan.

Proton X50
Bahagian dalaman X50
Proton X50
Roda aloi 18 inci dengan caliper brek merah
Proton X50
Sentuhan pertukangan Infinite Weave mengekalkan identiti Malaysia

Berikut beberapa ciri-ciri yang sempat penulis perincikan sepanjang 29 minit virtual launch yang dihoskan oleh Tehmina Kaiisji.

Terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.

Peminat X50 mempunyai enam warna pilihan dan ada di antaranya baru bagi Proton. Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue sementara warna baru adalah Citric Orange dan Passion Red.

Menerusi pelancaran sebentar tadi, Proton X50 ditawarkan mengikut varian tertinggi, 1.5 TGDi Flagship. 1.5T Premium, 1.5T Executive dan 1.5T Standard. Rujuk gambar rajah dibawah untuk senarai harga.

Bermula dari RM79,200 hingga nilai atasan Rm103,300, Proton X50 bakal memberi saingan kepada penjualan pengeluar sedan dari Jepun dan Korea. Mungkin tahun yang sukar bagi Honda City, Jazz, Toyota Vios, Mazda2 dan 3.

Proton turut mengingatkan bahawa harga ‘istimewa’ untuk X50 ini hanya sah sehingga Disember 2020; ketika pengecualian cukai jualan 100% yang diberikan kerajaan akan berakhir.

Dengan pembelian X50, anda akan mendapat lima tahun jaminan dengan jarak tempuh tanpa had, pakej data lima tahun, servis labor percuma sebanyak lima kali – tawaran ini terhad kepada 30 ribu tempahan pertama serta kadar faedah hanya 2.22% setahun.

Proton X50
Harga & Pakej Proton X50
Proton X50
Ocean Blue
Proton X50
Merah Ghairah (Passion Red)

Nak tahu lebih lanjut boleh lawati Proton Edar berhampiran anda untuk melihat sendiri secara lebih dekat model SUV terbaru Proton yang cukup menakjubkan! Lagi seronok kalau anda berpeluang test drive sendiri!

Untuk kemas kini lebih lanjut, periksa laman media sosial Proton atau Laman Web PROTON rasmi.

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas;

WEB BOOKING: Bateriku.com/order/booking

DOWNLOAD APLIKASI;

WHATSAPP: wasap.bateriku.com
HOTLINE: 011 1600 6008

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!