Proton X50 Dilancar Secara Maya 27 Oktober Ini - Harga Jualan Bawah RM80,000? Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Pandu Uji Pilihan Motor Maniac

Proton X50 Dilancar Secara Maya 27 Oktober Ini – Harga Jualan Bawah RM80,000?

Share
  • Bergaya, trendi & elegan – tiga elemen memberikan penampilan Proton X50 lebih hebat serta pencetus perubahan.
  • Proton X50 merupakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang lebih ekonomi menggantikan Proton X70.
  • Proton Holdings Bhd rasminya bersedia melancarkan Proton X50 pada 27 Oktober secara maya di Facebook Proton Cars Official.
  • Featured image – Top Gear Malaysia

Jika peminat filem francais popular khusus buat pencinta genre aksi, pasti tidak sabar menunggu kemunculan dua naskah terakhir Fast & Furious.

Lain pula kisahnya bagi peminat automotif dan pemotoran di Malaysia. Rata-rata para pencinta jenama kereta tempatan semakin berdebar menantikan penampilan sulung Proton X50.

Menurut Proton Holdings Bhd, model SUV kompak ini bakal ditayangkan kepada umum menerusi pelancaran secara maya di laman Facebook rasminya pada 27 Oktober, jam 10.50 pagi.

Proton X50
Merah Ghairah (Passion Red)

Pengumuman tersebut sekali gus menggembirakan sektor automotif tempatan yang menunggu model kenderaan utiliti sukan ini dengan penuh kesabaran.

Ibarat pepatah lama, bagai menunggu bulan jatuh ke riba.

Penulis sempat singgah di ruang komen siaran Proton berkenaan pelancaran model X50 ini untuk membaca usikan warganet.

Segelintir yang menyuarakan hasrat agar Proton terus berkongsi ‘on the road’ (OTR) punya harga supaya mereka boleh lakukan tempahan awal.

Tidak lupa juga mereka yang bersyukur, “Alhamdullilah, akhirnya Proton bersuara”.

Dengan gaya dan ketepatan yang terperinci dalam setiap aspek, model SUV yang diberi nafas baharu ini bakal menjadi ‘trendsetter’ dalam pasaran automotif negara.

Stylish, Trendy, and Chic – these elements give a powerful presence to the PROTON X50 leaving a lasting impression…

Posted by Proton Cars on Rabu, 21 Oktober 2020

Proton X50
Bahagian dalaman X50

Difahamkan, Proton X50 didatangkan dengan empat jenis iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Model SUV ini mempunyai enam skema warna yang menenangkan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Antara ciri baharu yang diberikan adalah pemandu boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara hanya menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi PROTON Link. Cukup gempak bukan? Proton Inspiring Connections!

Kalau Proton X70 dijual pada harga bermula RM97,732.53 untuk OTR termasuk insurans.

Persoalannya, berapa andaian harga Proton X50 untuk keempat-empat varian itu?

Pemerhati industri serta pasaran automotif tempatan menjangkakan Proton X50 bakal diletakkan harga yang lebih rendah berbanding model X70; bersesuaian dengan SUV kompak dan harga dianggarkan sekitar RM80,000.

Proton X50
X50, model SUV Kompak yang ditunggu-tunggu pasaran automotif tempatan

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas;

WEB BOOKING: Bateriku.com/order/booking

DOWNLOAD APLIKASI;

WHATSAPP: wasap.bateriku.com
HOTLINE: 011 1600 6008

Teruskan berada di rumah jika tiada keperluan penting di luar. Anda peminat campervan? Gadis ini ubah suai Perodua Myvi menjadi CamperMyvi untuk pengembaraan ‘roadtrip’ – baca di sini

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!