Sanggup Lawan Arus Elak Sekatan Jalan Raya, Pemandu Axia Sebabkan Kemalangan Tiga Kenderaan - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Sanggup Lawan Arus Elak Sekatan Jalan Raya, Pemandu Axia Sebabkan Kemalangan Tiga Kenderaan

Avatar
Share

Seorang lelaki sanggup memandu melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 355.4 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) semalam.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Axia memandu sejauh 1.4 kilometer iaitu dari Kilometer 354 arah susur masuk tol Sungkai hingga lokasi kejadian.

Kejadian tersebut tular di media sosial semalam apabila terdapat pemandu lain yang sempat merakam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang.

Kereta yang dipandu lelaki tersebut bertembung dengan sebuah Toyota Rush yang berada di lorong kanan arah utara dan berpusing beberapa kali.

Sebuah treler dengan muatan sarung tangan yang berada di lorong kiri juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia tersebut.

Wan Azharuddin berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka kecil manakala pemandu treler dan Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.

Polis bagaimanapun masih belum berjaya menangkap pemandu Axia yang berusia 34 tahun itu.

Polis percaya pemandu terbabit mahu mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungkai.

Dia juga didapati baru selesai membuat ujian swab COVID-19 di Klang tetapi masih belum menerima keputusannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[Sumber: Astro Awani]
Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!