Sebelum Servis Kenderaan, Ini 10 Tips Perlu Tahu Untuk Elak Ditipu & Kena ‘Pau’ Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Motor Maniac

Sebelum Servis Kenderaan, Ini 10 Tips Perlu Tahu Untuk Elak Ditipu & Kena ‘Pau’

Share
  • Pemilik kenderaan perlu ada pengetahuan asas mengenai ilmu servis kereta.
  • Kebanyakan pemandu wanita tidak mengambil berat soal penjagaan kereta & menyerahkan bulat-bulat kepada servis centre.
  • Majoriti kerosakan kenderaan yang kerap berlaku di atas jalanraya disebabkan tidak diselenggara mengikut jadual.

Setiap kenderaan mempunyai ‘jangka hayat’ yang berbeza dan perlu diselenggara mengikut jadual agar setiap komponen (parts) mampu berjalan serta berfungsi dengan baik.

Apabila anda bergelar seorang pemilik kereta, wajib tahu serba serbi maklumat berkenaan ‘si manja’ beroda empat ini.

Sekiranya sudah lama menggunakan sesebuah kenderaan, pelbagai masalah dan bunyi pelik boleh dengar sebab sesetengah part dah mula uzur.

kereta

Jadi, bagi anda yang kurang arif mengenai proses penyelenggaraan kereta, jangan ambil mudah dan membiarkan ‘pomen’ tukar semua komponen tanpa bertanya.

Berikut 10 tips yang dikongsikan MauKerja kepada orang ramai agar anda tidak menjadi mangsa ‘pau’ sesetengah pusat servis kereta yang tidak bersikap jujur.

bateri
Kereta dah rosak baru menyesal sebab tak servis

1- Minyak Gear

Buat kenderaan yang menggunakan gearbox manual, tukarlah minyak gear anda setiap 60 ribu kilometer (km).

Sekiranya anda lambat menukar minyak boleh menyebabkan pelincir gearbox menjadi kotor dan kelikatan bertambah.

Bagi kenderaan automatik, biasanya kereta buatan Jepun atau tempatan eloklah ditukar setiap 20-30 ribu km.

Jika anda masih menyimpan buku manual atau buku servis, jadikan panduan di dalamnya sebagai rujukan utama.

servis

2 – Aircond Belt / Alternator Belt

Ramai yang tertanya kenapa penyaman udara kereta mereka berbunyi? Kalau berkaitan dengan aircond, kemungkinan bunyi datang daripada komponen di bawah.

Aircond belt – Tali kipas ini ada tempoh hayatnya yang tersendiri. Apabila kendur, ia akan berbunyi.

Jika tali kipas masih elok boleh ditegangkan semula. Kebiasaannya anda perlu tukar mungkin dua atau tiga tahun sekali atau setiap 60 ribu km.

servis

3 – Automatic Transmission Fluid (ATF)

Minyak transmisi automatik merupakan cecair transmisi yang melakukan dua peranan penting iaitu pelinciran dan pembersihan.

Anda perlu tukar sebelum cecah 30 ribu km. Kalau lambat tukar boleh rosakkan gearbox kereta Auto anda.

4 – Power Steering Fluid

Kebiasaannya cecair stereng kuasa tidak disenaraikan sebagai salah satu bahagian yang perlu diselenggara.

Kebanyakan pemilik hanya menggantikannya mengikut keperluan sendiri atau atas cadangan pusat servis.

Boleh ganti cecair ini setiap 60 ribu km bagi memastikan kelancaran pada kuasa stereng ketika memandu.

5 – Bateri Kereta

Selalu bateri kereta boleh tahan antara 18 bulan ke 2 tahun, bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan.

Dapatkan jenama bateri yang dipercayai dan rujuk pengedar bateri yang autentik seperti Bateriku.com untuk elak ditipu serta proses gantian yang lebih mudah.

servis
Bateriku.com

6 – Penapis Udara (Air Filter)

Perlu tukar setiap 20 ribu km. Sekiranya anda tukar penapis udara jenis aftermarket (ternama), ia boleh digunakan berulang kali berbanding versi OEM.

Penapis udara yang bagus menggunakan material yang lebih baik untuk menghasilkan elemen tapisan udara dengan kos yang lebih mahal.

Kalau jenis K&N, anda tidak perlu tukar, hanya membersihkan dengan pembersih khas.

7 – Fuel Filter

Anda boleh menukarkanya apabila kilometer perjalanan kenderaan mencecah setiap 40 ribu km.

Bahagian ini penting kerana ia menyaring dan membersihkan petrol dari zarah serta kotoran sebelum disedut ke pam bahan bakar.

8 – Oil Filter

Bila anda menukar minyak enjin, automatik penapis minyak ini pun kena tukar sekali.

Itu langkah yang disyorkan demi menjaga kelancaran minyak enjin.

servis

9 – Minyak Hitam

Gantian minyak hitam ini antara bahagian paling penting perlu dititikberatkan pemilik kereta.

Zaman semakin maju sehinggakan minyak hitam juga menjadi mangsa ‘klon’. Ada segelintir ‘pomen’ atau pusat servis yang tidak bertanggungjawab menjual minyak hitam tiruan.

  • Minyak hitam bukan sintetik – Tukar setiap 5,000 km atau 3 bulan. Ikut mana yang datang dulu.
  • Minyak hitam semi-sintetik – Tukar sekitar 10 ribu km atau 6 bulan
  • Minyak hitam full sintetik – Lebih mahal, lebih jangka hayat. Boleh tukar sebelum cecah 20 ribu km atau setahun.

10 – Spark Plug

Komponen kecil ini sering diabaikan oleh pemilik kenderaan semasa servis kerana ia bukan keperluan kritikal.

Tetapi kalau penggunaan lebih dari 40 ribu km, fungsi electrode akan menjadi nipis dan sebaiknya anda perlu menggantikannya.

servis

Kesimpulannya, sebagai pemilik kenderaan, anda disarankan untuk mengikuti jadual selenggara yang sudah ditetapkan mengikut km atau tempoh masa.

Namun, jadilah pengguna kereta yang bijak bagi mengelakkan daripada ditipu dengan mudah. Maksud yang lebih mudah difahami, ambil tahu setiap jangka hayat komponen kenderaan anda.

Jangan hanya tahu lanyak sahaja sehingga kenderaan anda yang digunakan harian untuk mencari rezeki itu uzur dan rosak teruk. 

Hal ini akan membantu anda daripada menukar benda yang belum tentu rosak tapi dikatakan kena tukar. Jangan tertipu dan ditipu lagi.

Sekiranya anda terlepas, lelaki Rusia ini bakar Mercedes-AMG GT 63 S RM1.8 juta selepas bengang permintaan servis tak dilayan – baca di sini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!