Toyota Yaris 2020 Facelift Bakal Masuk Malaysia, Harga Anggaran Bermula RM71,688 - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Toyota Yaris 2020 Facelift Bakal Masuk Malaysia, Harga Anggaran Bermula RM71,688

Avatar
Share

UMW Toyota baru-baru ini mengeluarkan ‘teaser‘ bagi model Yaris melalui Facebook rasminya. Model hatcback itu bakal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dinaiktaraf dengan Toyota Safety Sense (TSS).

Toyota Yaris baru akan didatangkan dalam tiga varian iaitu J, E dan G. Harga anggaran on-the-road tanpa insurans bagi model ini adalah seperti berikut:

Yaris 1.5J (RM 71,688)

Yaris 1.5E (RM 80,591)

Yaris 1.5G (RM 85,587)

[Gambar: Facebook Toyota Malaysia]

Untuk model Facelift ini, Toyota menampilkan rekaan bampar baharu, kit aero, lampu depan ‘triple bezel‘ dengan LED sepenuhnya, kedudukan lampu kabus yang diubah dan rekaan gril hadapan serba baharu.

Toyota Yaris 2020 dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi Pre-Collision System (PCS) yang menggunakan kamera dan radar untuk mengelakkan pelanggaran, dan Lane Departure Alert (LDA) yang memberi amaran kepada pemandu apabila kenderaan terkeluar daripada laluan.

[Gambar: Facebook Toyota Malaysia]

Antara ciri-ciri keselamatan lain yang turut didatangkan termasuk 7 beg udara, paparan panoramik 360 darjah 3 dimensi, Hill-Start Assist Control, Vehicle Stability Control, Rear Cross-Traffic Alert, ABS, EBD, Brake Assist dan juga perakam video digital hadapan dan belakang.

Ia turut dilengkapi dengan sistem infotainmen dengan skrin sentuh 7 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk bahagian enjin, Toyota masih mengekalkan enjin 1.5 liter Dual VVT-i 2NR-FE empat silinder yang digabungkan dengan CVT dengan mod Shiftmatic tujuh kelajuan.

Toyota Yaris 2020 akan tiba dalam pilihan warna sedia ada iaitu Red Mica Metallic dan Silver Metallic, serta pilihan warna baharu iaitu Platinum White Pearl.

Kenderaan ini akan dilindungi oleh jaminan lima tahun oleh pengeluar tanpa had perbatuan.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!