10 Tip Penjagaan 'Contact Lens' Ketika Melancong - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty

10 Tip Penjagaan ‘Contact Lens’ Ketika Melancong

Avatar
Share

Mata adalah aset yang paling berharga untuk semua orang. Kaca mata dan contact lens ibarat alternatif bagi mereka yang rabun.

Pandangan mata pula memberikan gambaran serta merakam pengalaman melalui pemerhatian sepanjang pengembaraan. Hilang satu pancaindera serta nikmat manusia seandainya tidak lagi mampu melihat.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Jadi, bantuan kanta lekap (contact lens) memudahkan individu yang rabun untuk bergerak ke mana jua dengan bebas.

contact lens

Meskipun pengganti kaca mata ini dicipta untuk tujuan memudahkan, tapi buruk padahnya jika kanta lekap tidak dipakai dan disimpan dengan betul.

*Trivia – Acanthamoeba keratitis boleh menyebabkan mata anda buta disebabkan cucian menggunakan air paip.

Langkah pengunaan/penjagaan kanta lekap semasa mengembara

1 – Mata adalah organ penting dan cukup sensitif. Pastikan anda memakai jenis kanta lekap yang sudah biasa digunakan bagi mengelakkan ketidakselesaan semasa bersiar-siar.

2 – Pastikan jari anda dalam keadaan bersih daripada sebarang elemen asing yang boleh menyebabkan infeksi atau jangkitan.

Sebagai contoh, sebelum anda pakai contact lens, elakkan daripada memotong cili, bawang atau memegang benda sesuatu yang pedas mahupun berangin seperti minyak cap kapak.

3 – Jangan pakai kanta lekap yang sudah koyak atau berlubang walaupun sedikit. Invest untuk keselesaan mata anda semasa berjalan. Jangan tidur sekali dengan contact lens ye.

contact lens

4 – Kanta lekap haruslah direndam sekurang-kurangnya 30 minit menggunakan solution khusus cucian atau multipurpose sebelum penggunaan bagi tempoh perjalanan yang lama.

5 – Elakkan cuci atau simpan kanta lekap dengan air paip kerana tidak berkesan untuk membasmi bakteria tertentu.

Air paip boleh menggalakkan jangkitan (contamination) atau keradangan. Jauhkan kanta lekap dari sinki atau air paip untuk elak bakteria amoeba. (Sumber)

6 – Ketika melancong, simpan kanta lekap anda dalam casing contact lens travel kit yang sesuai untuk menyimpannya dalam keadaan bersih. Anda boleh cari di Shopee.

7 – Pastikan tangan bersih dan kering sebelum pakai serta tukar bekas simpan kanta lekap setiap 3 bulan.

contact lens

8 – Seeloknya buka dahulu kanta lekap sebelum melakukan aktiviti mandi-manda. Andai kata anda memakainya, jangan bukan kanta lekap sejurus selepas mandi. Elakkan penggunaan kanta lekap ketika mandi di kolam renang klorin.

9 – Jangan sesekali ‘recycle’ solution yang telah digunakan untuk elak jangkitan atau bakteria.

10 – Bawa cermin mata untuk merehatkan mata buat seketika serta sebagai persediaan sekiranya contact lens anda rosak. Sentiasa bawa barang gantian sewaktu mengembara.

contact lens

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!