Pengembara 'Otai' Ini Kongsikan 7 Tip Ambil Gambar Cantik Ketika Melancong );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz

Pengembara ‘Otai’ Ini Kongsikan 7 Tip Ambil Gambar Cantik Ketika Melancong

Avatar
Share
Gambar

Secara harfiah, percutian dan mengambil gambar ibarat isi dengan kuku, sukar dipisahkan.

Simbolik melancong adalah untuk beristirehat, melihat sesuatu destinasi dan merakam momen serta kenangan indah sepanjang perjalanan, baik yang manis atau pahit.

Jika dahulunya pada era 70-an hingga 80-an, sekeping foto percutian bersama keluarga mahupun solo adalah bukti sudah menjejakkan kaki ke destinasi impian selain menjadi tatapan pada masa akan datang. Melalui pengembaraan juga adalah bukti perjalanan kita menikmati serta menghargai keindahan ciptaan Allah SWT.

Jadi, penulis ada terbaca satu perkongsian menarik dari pengembara ‘otai’ yang tidak asing lagi iaitu Ir. Haji Zainuddin Bin Hj Omar di hantaran Facebook page beliau mengenai “Tips for a better photo”.

Berikut adalah panduan yang dikongsikan tuan Haji Zainuddin yang juga seorang penulis buku, Diara Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak.

Gambar
Seorang anak kampong berumur 17 tahun di hantar ke England selama 5 tahun & kembaraan epik beliau ke Eropah pada tahun 70-an dengan bajet picisan

Behind the scene: Tips for a better photo

Apabila melancong bersama kenalan kembara tentunya masing-masing akan menjadi ‘cameraman’ bertukar ganti.

Pastinya kita mahu setiap foto yang diambil menjadi cantik kerana anda hanya berpeluang berada di scenery epik hanya sekali sahaja semasa perjalanan.

Tiada yang membosan dan mengecewakan apabila buddies tidak pandai mengambil gambar secekap anda.

Gambar anda senget, terpotong bahagian tangan atau kaki sebelah, ternampak batang pokok atas kepala anda dan paling epik jari cameraman terakam dihujung gambar.

Foto yang anda tolong tangkap untuk buddies semuanya cantik belaka tetapi bila gambar anda semua ‘horrendous’ (sorry coz no other better words to describe it).

Adalah penting agar semua kenalan kembara faham teknik mengambil gambar dengan cekap. Sebenarnya tidak susah mengambil gambar cantik jika anda dapat belajar beberapa konsep good photography yang asas seperti di bawah;

  1. Rule of one third. Pastikan subject matter berada pada one third dalam frame gambar.
  2. Know your subject matter untuk tarik fokus perhatian dalam frame gambar.
  3. Good framing and composition.
  4. Know your focus, symmetry, depth, pattern and background.
  5. Always the sun behind your back.
  6. Sebaik mungkin ambil gambar pada pertengahan pagi (mid morning) atau senja petang (mid evening) dan matahari tidak tegak diatas kepala.
  7. Semuanya perlu praktis, praktis dan praktis.
Gambar
Travel buddy saya, Zainal Abidin Saidun sebagai cameraman sedang frame gambar & saya sebagai focus point
Gambar
Hasil gambar di Lake Louise, Canada

Saya bernasib baik kerana semua travel buddies sepanjang pengembaraan saya are good photographers.

Untuk korang yang nak dapatkan bahan bacaan genre kembara sepanjang berada di rumah, boleh beli Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak dengan kami.

Tekan link ini sekiranya berminat – Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak

Gambar
Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!