Aktiviti Pendakian, Kembaraan Bantu Jana Pendapatan Ekopelancongan Tempatan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Pilihan Backpackerz

Aktiviti Pendakian, Kembaraan Bantu Jana Pendapatan Ekopelancongan Tempatan

Share
  • Aktiviti pendakian gunung semakin popular & mendapat permintaan tinggi.
  • Peraturan baharu pendakian akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 bagi mempertingkatkan keselamatan pengunjung serta langkah waspada.
  • Sepanjang tempoh 10 tahun ini lebih 218 kes kemalangan melibatkan aktiviti pendakian telah direkodkan.

Pendakian

Sejak akhir-akhir ini, segmen percutian melibatkan sumber hutan dan pendakian gunung mahupun bukit semakin diminati rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia lebih tertumpu untuk merehatkan minda dalam suasana lebih privasi dengan berkhemah serta mempunyai daya tarikan semula jadi seperti sungai dan air terjun.

Pilihan percutian ekopelancongan dilihat lebih menarik minat pelancong tempatan untuk melancong dalam suasana norma baharu dan bersesuaian dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); elak berkunjung tempat yang sesak dan khalayak ramai.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan terus memberi tumpuan memperkasakan sektor ekopelancongan bagi menjana pendapatan alternatif daripada sumber hutan.

Taman Negara Endau Rompin

Kerajaan negeri khususnya banyak bergantung kepada aktiviti pembalakan bagi mendapatkan hasil, sedangkan produk hutan tidak hanya tertumpu pada industri perkayuan semata-mata.

“Sumber hutan bukan sekadar mengeluarkan kayu balak tetapi keunikan landskap serta daya tarikan semula jadi mampu dibangunkan sebagai produk ekopelancongan,” jelas Ketua Pengarah JPSM, Mohd Ridza Awang.

Saban hari, aktiviti pendakian dan trekking gunung semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat pelancongan kembaraan serta outdoor. Ianya boleh menjana pendapatan alternatif kepada kerajaan negeri dan pemain industri pelancongan yang berkaitan.

Melalui promosi yang giat serta hebahan yang dilakukan, aktiviti mendaki mendapat sambutan menggalakkan sehingga ada sesetengah kawasan atau camp site melebihi kapasiti kemampuan dan terpaksa dihadkan.

Ini membuktikan bahawa sektor ekopelancongan dan tarikan sumber hutan akan terus berkembang serta mampu menarik pelancong asing setelah pintu sempadan negara dibuka nanti.

Pendakian
The best view come after the hardest climb

Pada masa sama, Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata peraturan baharu akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 bagi mempertingkatkan keselamatan pengunjung serta langkah waspada pihaknya mengawal penularan wabak Covid-19.

Jabatan Perhutanan Negeri akan mengenal pasti kawasan pendakian yang wajib menggunakan khidmat malim gunung perhutanan.

“Peraturan baharu ini adalah untuk memantau setiap pergerakan keluar masuk hutan agar dapat dikawal Jabatan Perhutanan dan jurupandu bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini,” jelasnya kepada BERNAMA.

Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan kursus malim gunung perhutanan di seluruh negara bagi meningkatkan pelbagai kemahiran terutama aspek keselamatan, ilmu asas perhutanan, ikhtiar hidup, pengecaman tumbuh-tumbuhan untuk survival, selok-belok kawasan pendakian setempat, pertolongan cemas, penggunaan kompas dan peta.

Sedikit sebanyak langkah awal yang diambil pihak berwajib dapat membantu mengurangkan kemalangan mahupun kes kematian yang melibatkan aktiviti pendakian di gunung, bukit dan hutan.

Sama-sama kita jadikan kecendurangan minat untuk bercuti secara back to nature dan hiking ini lebih selamat disamping memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan aspek penguatkuasaan yang akan dilaksanakan pada 2022. #CutiCutiMalaysia #TravelSafe

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!