Hotel Istana ‘Trending’ Gara-Gara Umum Penutupan Selepas 29 Tahun Beroperasi Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz

Hotel Istana ‘Trending’ Gara-Gara Umum Penutupan Selepas 29 Tahun Beroperasi

Share
hotel istana
  • Hotel ikonik di Kuala Lumpur ini bakal henti operasi 1 September ini.
  • Penginapan bertaraf 5 bintang ini milik Tradewinds Berhad kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
  • Rata-rata pengguna Twitter berkongsi kesedihan susulan penutupan hotel ini.

Pahit untuk ditelan, berat lagi bahu yang memikul. Selepas hampir 30 tahun beroperasi, Hotel Istana Kuala Lumpur mengambil keputusan menghentikan operasi mulai 1 September ini.

Menurut Pengurus Besar Noorazzuddin Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan situasi semasa pandemik di negara ini.

“Walaupun hotel sudah digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak COVID-19, hotel masih tidak mampu menanggung kerugian operasi bulanan,” jelas pengurus besar Hotel Istana Kuala Lumpur.

hotel istana

We have arrived at this decision after considering the present circumstances and all available options. We are left with little choice other than to proceed with this closure”.

Baris ayat di atas antara potongan kata-kata yang diambil melalui sepucuk surat rasmi penutupan Hotel Istana Kuala Lumpur bertarik 30 Jun 2021 yang dikongsikan pengguna Twitter sejak pagi tadi.

Dalam kenyataan itu turut menyebut bahawa pihak pengurusan Hotel Istana akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada pekerja dan kakitangan.

hotel istana

Hotel mewah 23 tingkat dan mempunyai 486 bilik yang siap dibina pada 1992 ini pasti menjadi ingatan buat penulis kerana kebanyakan acara rasmi serta press conferences dianjurkan di sini.

Another victim of never-ending MCO for the tourism sector. Stay strong industry!

 

Sumber: Astro Awani / Gambar: Hotel Istana Kuala Lumpur 

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!