4 Hotel Tawar Kolam Renang Air Masin Untuk 'Staycation' Berkualiti di Lembah Klang );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Stay In

4 Hotel Tawar Kolam Renang Air Masin Untuk ‘Staycation’ Berkualiti di Lembah Klang

Share
staycation

Napoleon Hill pernah berkata bahawa, “Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan hebat, lakukan perkara-perkara kecil dengan cara yang hebat.”

Memandangkan PKP 2.0 sudah ditamatkan dan suntikan vaksin sedang dijalankan, kita semua berharap dan tidak sabar menunggu untuk staycation ke mana sahaja kita idamkan, ataupun hanya sekadar percutian yang singkat untuk melegakan ‘cabin fever‘!

Kita masih boleh menggunakan peluang yang ada untuk staycation di dalam negara apabila perjalanan rentas negeri serta rentas daerah dibenarkan mengikut negeri-negeri yang sudah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

staycation

Sama ada hotel, tempat peranginan ataupun resort, staycation adalah yang anda perlukan untuk rehat dan cas semula diri anda dengan me-time, terutamanya apabila ia melibatkan kolam renang.

Buat masa sekarang, kita tidak dapat melancong ke pantai yang eksotik, tetapi kita masih dikurniakan cuaca tropika yang membolehkan kita untuk berada di tepi kolam renang sepanjang masa, untuk memberikan kita ketenangan.

Ini semua nampak menarik, tetapi kebanyakan orang yang gemar ke kolam renang tidak menyedari bahawa tablet klorin dari kolam renang mempunyai kesan terhadap tubuh manusia, terutamanya pada rambut, mata dan kulit – oleh sebab itu, kolam air masin mempunyai ciri-ciri tarikannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan kolam tradisional yang menggunakan tablet klorin.

Dengan adanya klorin yang 100% semulajadi, kolam air masin dapat memberi kesan yang lebih lembut kepada kulit, mata dan rambut kita (yay!) dan kini, ia juga sudah menjadi trend bagi mereka yang mempunyai asma untuk pernafasan yang sihat dan juga alahan, kerana air garam memberi kesan yang lebih lembut kepada kulit dan tubuh badan.

Oleh kerana manfaat yang terdapat padanya, beberapa hotel, resort dan juga pemilik rumah lebih gemar memilih kolam air masin daripada kolam yang menggunakan tablet klorin kerana faktor mesra kulit dan keupayaan semula jadinya untuk membantu melegakan badan mereka semasa di dalam kolam.

Fun Fact: Jenis garam yang digunakan untuk kolam ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan air dan mengekalkan kebersihan dengan sifat-sifat yang menyegarkan kulit anda!

staycation
The Gardens Hotel – A St Giles Signature Hotel, Kuala Lumpur

Di samping menikmati staycation anda, berikut adalah beberapa pilihan kolam renang air masin yang terletak di sekitar Lembah Klang untuk anda lawati pada hujung minggu nanti!

Four Seasons Hotel – Kuala Lumpur

Jika anda menetap di kawasan bandar dan memerlukan staycation yang mewah, Hotel Four Seasons ini pilihan terdekat bagi anda – tempat penginapan yang berada di tengah Kuala Lumpur ini adalah yang anda perlukan untuk mengubati jiwa anda.

Terletak di Jalan Ampang, hotel mewah ini mempunyai salah satu kolam air masin yang paling menarik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan – menjadikannya tempat yang sesuai untuk Instagram dan sesi istirahat yang aman.

Dengan kolam air masin seperti di sini, bebanan stres anda akan hilang dengan serta-merta, ‘lenyapkan’ diri anda seketika dari kesibukan bandar dan biarkan kolam air masin menyembuhkan anda secara semulajadi – istirahat yang tepat pada masanya!

staycation
Kolam renang air tawar Four Seasons Hotel

The Gardens Hotel – A St Giles Signature Hotel, Kuala Lumpur

Jika me-time yang anda bayangkan bermula dengan membeli-belah di kedai berjenama kegemaran anda, menikmati masakan mewah kegemaran anda pada waktu lapang anda sendiri dan berakhir dengan berenang santai di kolam renang, penginapan di The Gardens Hotel adalah yang anda perlukan!

Terletak betul-betul di tengah-tengah Midvalley City, The Gardens Hotel adalah staycation yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin merehatkan minda sambil menghiburkan diri dengan membeli belah!

Setelah puas shopping dan makan, terjun ke dalam kolam adalah perkara yang paling sesuai untuk menyegarkan badan dan merehatkan kaki selepas penat berjalan.

Selain daripada kolam air masin yang terdapat di hotel ini, pengunjung juga tidak perlu bimbang tentang kanak-kanak yang mengganggu rehat anda, kerana The Gardens Hotel mempunyai kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak.

Tambahan pula, kolam renang di hotel ini juga bersaiz infiniti, maksudnya, anda tidak perlu bimbang jika anda berenang terlalu dekat atau buas sebab kolam renangnya cukup luas.

staycation
The Infinity pool at The Gardens Hotel

Concorde Hotel Kuala Lumpur – Kuala Lumpur

Benar bahawa kanak-kanak memang gemarkan aktiviti mandi kolam!

Jadinya, Concorde Hotel Kuala Lumpur  yang terletak di Jalan Sultan Ismail yang menawarkan kolam dewasa dengan kedalaman 1.2m dan 0.6m pada kolam kanak-kanak. 

Seperti kolam air masin yang lain, fikiran anda akan menjadi lebih tenang bila bercuti di hotel yang menyediakan fasiliti lengkap untuk rekreasi keluarga.

Di samping itu, anak-anak anda juga dapat berseronok kerana kolam kanak-kanak mempunyai lapan jet air untuk memaksimumkan keriangan mereka.

Sekiranya anak-anak anda lapar selepas habis bermain, mereka boleh menjamu selera di bar tepi kolam renang sambil anda perhatikan mereka dari jarak yang selesa.

staycation
Enjoy your me-time at the pool without having to worry about the kids at The Concorde Hotel
kolam
Foto - Concorde Hotel Kuala Lumpur (FB)

Kebanyakan hotel dan kolam renang di resort sangat prihatin terhadap keselamatan tetamu mereka – dengan memastikan ia diselenggara dengan baik dan mematuhi SOP sebelum membenarkan tetamu untuk masuk ke dalam kolam renang, di samping mengguna pakai produk dari sumber yang terbukti berfungsi untuk menapis dan membersihkan air.

Sebagai contoh, kebanyakan hotel yang disebutkan di atas sebenarnya sudah memasang sistem penapisan dan sanitasi jimat-tenaga oleh Waterco Malaysia, yang merupakan syarikat alam sekitar solusi sehenti terkemuka untuk menjaga kualiti air yang sihat dan selamat dan satu-satunya syarikat penapisan yang mempunyai Sijil Penjagaan Iklim.

Penapis dan sistem sanitasi ini adalah penting untuk mengekalkan kebersihan air, sambil mengimbangi tahap pH, garam dan klorin untuk memastikan kolam itu bersih dan selamat semasa anda berenang.

Dengan pilihan kolam renang air masin di Lembah Klang yang sesuai untuk percutian anda, tiada lagi alasan untuk anda tidak menempah salah satu daripada hotel ini hanya untuk berendam santai di dalamnya selepas seharian bekerja keras!


Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz.

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist

staycation

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

5 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!