Kehadiran Pelancong Terus Merosot, Ratusan Hotel Di Bali Akan Dijual Serendah RM500 Ribu

Type to search

Asia Backpackerz Pilihan Backpackerz

Kehadiran Pelancong Terus Merosot, Ratusan Hotel Di Bali Akan Dijual Serendah RM500 Ribu

Share
merosot

Angkara pandemik COVID-19, kebanyakan negara masih belum benarkan sektor pelancongan beroperasi sepenuhnya dan pintu sempadan masih ditutup termasuklah Indonesia. 

Ratusan penginapan di Bali bakal dilelong dalam masa terdekat disebabkan kadar kehadiran pelancong yang merosot sudah hampir dua tahun.

Menerusi tinjauan yang dilakukan pasaran hartanah Indonesia, Lamudi menunjukkan penurunan drastik kemasukan pelancong luar ke hotel pada tahun kedua pandemik Covid-19.

Jumlah pencarian di platform bagi hotel Bali yang dilelong adalah sebanyak 631 dan ia menunjukkan kebanyakan lokasi hartanah dijual merupakan di kawasan pelancongan yang popular!

Berikutan survei yang dilakukan, antara hotel yang tersenarai untuk ‘dilepaskan’ adalah Kuta Paradiso Hotel dengan harga Rp875 miliar (RM250 juta), dan Tijili Benoa di Nusa Dua pula menjual satu biliknya dengan harga Rp1.8 miliar (RM500,000) serta Swiss-Belhotel Rainforest dijual pada harga Rp250 miliar (RM72 juta).

merosot

Kuta Paradiso Hotel – Rp875 miliar (RM250 juta)

merosot

1 bilik di Tijili Benoa Nusa Dua – Rp1.8 miliar (RM500,000)

merosot
Sumber: Artotel Group

Swiss-Belhotel Rainforest – Rp250 miliar (RM72 juta)

merosot
Sumber: Agoda

Sejak penularan wabak ini di seluruh dunia tahun lepas, Indonesia sudah pernah menjalankan penutupan hotel cuma tidak sebanyak kali ini.

Berdasarkan ekonomi Bali pada tahun 2020 ia telah menurun sebanyak 3.91% dan telah menjadikannya sebagai salah satu wilayah yang paling teruk terkesan di Indonesia gara-gara pandemik COVID-19.

Perit untuk ditelan, lagi berat beban bahu yang memikul. Betapa teruknya kesan yang diterima sektor pelancongan akibat penutupan sempadan dan larangan kemasukan pelancong asing.

Secara tidak langsung, ekonomi sesebuah negara yang bergantung pada sektor pelancongan akan merudum sekiranya pandemik berterusan tanpa noktah.

Ini adalah waktu sukar bagi semua orang. Terus jaga kesihatan dan patuhi SOP agar wabak halimunan ini cepat berlalu pergi. InsyaAllah. Jangan lupa daftar vaksin bagi golongan yang layak menerimanya. 

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!