Melancong, Mengembara Memerlukan Digital 'Vaccine Passport' Pada Masa Akan Datang );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz

Melancong, Mengembara Memerlukan Digital ‘Vaccine Passport’ Pada Masa Akan Datang

Avatar
Share

Dalam perkembangan dunia dan masyarakat digital, perjalanan (travel) menjadi sesuatu perkara utama yang sering dibangkitkan oleh orang ramai. Bila Covid-19 bertemu noktahnya?

Hampir setahun wabak ini menghantui dunia tanpa budi bicara. Setiap hari kematian akibat pandemik terus mencatatkan peningkatan walhal segala sekatan telah dipertingkatkan.

Baik negara yang memilih untuk menutup pintu sempadan, negara jiran yang mengamalkan gelembung perjalanan (travel bubble) mahupun mengenakan sekatan perjalanan dalam negara.

Jadi, dunia tidak lagi mampu menoleh ke belakang kerana wabak ‘halimunan’ ini dijangkakan akan hilang selepas tujuh tahun sekiranya anda menerima suntkan vaksin hari ini.

Digital
Stay at home

Menurut laporan NY Times, perjalanan kini memerlukan dokumentasi digital yang menunjukkan bahawa penumpang atau pelancong telah divaksinasi serta sudah melakukan ujian Coronavirus. Inilah norma baharu yang perlu dijadikan kebiasaan.

Istilah baru ini telah mendapat perhatian di antara pemerintah dan penggiat industri pelancongan global. Selamat datang pasport vaksin! 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan agensi kerajaan untuk menilai semula kemungkinan menghubungkan sijil vaksin Covid-19 dengan dokumen vaksinasi lain. Ia bertujuan untuk membendung penularan pandemik dengan pemantauan versi digital, baru-baru ini.

Denmark juga bakal melancarkan pasport digital dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Ianya berfungsi untuk membenarkan warganegara menunjukkan bukti bahawa mereka telah disuntik vaksin sebelum atau selepas memasuki negaranya.

Bukan hanya kerajaan yang bersetuju dengan cadangan memperkenalkan pasport vaksin. Syarikat penerbangan gergasi dunia seperti Etihad Airways dan Emirates akan mula menggunakan pas penjalanan digital dengan pengesahan dari International Air Transport Association (IATA).

Langkah ini membantu penumpang menguruskan rancangan perjalanan mereka lebih lancar di samping menyediakan dokumentasi yang sah kepada syarikat penerbangan dan kerajaan bahawa mereka sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Salah satu cabaran terbesar untuk memperkenalkan pasport vaksin ini adalah bagaimana untuk mewujudkan dokumen atau aplikasi yang diterima dengan baik di seluruh dunia. Ini termasuk perlindungan data, privasi serta boleh diakses oleh orang ramai tanpa mengira status mahupun kekayaan.

Digital
Foto - Lloyd Miller

Menurut Zurab Pololikashivili, Setiausaha Agung United Nations World Tourism Organization (UNWTO), sekiranya orang awam ingin melakukan perjalanan ke luar negara, pihak berkuasa yang mewakili kerajaan serta kementerian kesihatan perlu mengenalpasti adakah anda telah divaksin atau diuji negatif terhadap wabak Covid-19.

Kebanyakan negara benua Eropah sudah mengeluarkan syarat bahawa keputusan ujian perlu negatif sebelum memasuki sesebuah negara.

Dengan ujian negatif, tidak bergejala dan pasport digital vaksin ini akan menjadi kunci untuk memulihkan semula industri pelancongan dunia yang saban hari semakin tenat.

Adakah cara ini pernah dipraktikkan sebelum ini?

Jawapannya ya. Individu ingin mengembara harus membuktikan bahawa mereka telah disuntik vaksin sebelum menyertai misi kemanusiaan atau memasuki negara-negara tertentu bukanlan konsep baru.

Trivia – Selama beberapa dekad, orang ramai yang mengembara ke beberapa negara perlu membuktikan diri mereka telah divaksin terhadap penyakit berjangkit seperti demam kuning, rubella (virus) dan cholera (makanan, minuman tercemar).

Pelancong diberikan “yellow card” atau dikenali sebagai International Certificate of Vaccination yang ditandatangani dan dicop. Ia bertujuan mendorong orang awam untuk melakukan perjalanan mahupun pengembaraan dalam keadaan sihat tanpa penyakit berjangkit.

Digital

Adakah pasport vaksin perlu ditukar kepada digital?

Tidak, tetapi dengan teknologi digital akan menjadikan proses perjalanan lebih lancar dan mudah dipantau.

Agensi penguatkuasaan The European Union’s Law melaporkan bahawa penjualan sindiket hasil ujian negatif Covid-19 palsu semakin berleluasa. Salah satu sebab dicetuskan konsep pasport vaksin untuk mengembangkan pas digital agar lebih selamat, tiada penipuan dan mudah dikemaskini.

Nun jauh di lubuk hati, penulis bimbang dengan situasi semasa khususnya industri pelancongan domestik yang semakin suram, ibarat hidup segan, mati tak mahu.

Harap-harap pengumuman selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Februari nanti ada perkhabaran baik untuk kita semua. Stay safe guys!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!