Orang Ramai Diseru Pergi Melancong, Sokong Industri Pelancongan Tempatan di Kawasan PKPB, PKPP );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz

Orang Ramai Diseru Pergi Melancong, Sokong Industri Pelancongan Tempatan di Kawasan PKPB, PKPP

Share
Ramai
  • Kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan di kawasan PKPB & PKPP beroperasi semula.
  • Zoo, akuarium & taman rekreasi di kedua-dua kawasan boleh dibuka pada kapasiti 50 peratus keluasan premis.
  • Pengumuman kelonggaran ini memberi perkhabaran baik buat penggiat industri pelancongan & kebudayaan tempatan.

PKPB

Sebelum ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa aktiviti pelancongan di beberapa tarikan seperti zoo, akuarium dan taman rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan beroperasi semula.

Had pengunjung juga dibenarkan pada kapasiti 50 peratus keluasan premis atau tempat tarikan, namun bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD), segala aktiviti percutian keluar masuk di kawasan terbabit masih tidak dibenarkan.

Menurut Bernama, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan tempatan untuk bangkit semula mendepani cabaran yang mencabar ini.

Pada masa yang sama, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri menyeru orang ramai khususnya di kawasan zon hijau, PKPB dan PKPP untuk memulakan aktiviti pelancongan di lokasi setempat.

Ramai
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri

Sokongan orang ramai terhadap sektor pelancongan domestik ketika ini amatlah penting agar dapat terus merancakkan pertumbuhan industri pelancongan negara susulan kerajaan membenarkan aktiviti melancong di kawasan kedua-dua kawasan itu.

Pengumuman kelonggaran sekatan bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan PKPB serta PKPP adalah berita baik buat penggiat industri pelancongan dalam negara.

Sekali lagi diingatkan, usahlah raikan kebenaran melakukan aktiviti melancong ini dengan sikap sambil lewa. Bertindak sebagai pelancong yang bertanggungjawab dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mempratikkan amalan norma baharu ini demi kelangsungan industri pelancongan negara untuk terus dibenarkan beroperasi.

Kebenaran pembukaan aktiviti pelancongan turut diberikan dengan syarat sama di premis atau lokasi seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pusat membeli-belah, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga serta taman tema luar.

Mana yang menetap sekitar Lembah Klang, janganlah korang sentap ye. Pasti ada hari yang cerah untuk kita semua melakukan semula aktiviti pelancongan dengan norma baharu serta rentas negeri tidak lama lagi. Kita tegur kita menang.

Ramai
Taman Negara Pahang
Ramai
Penang Dove Jetty (Foto/Tourism Malaysia)
Ramai
Tasik Timah Tasoh, Perlis (Foto/Saiful Nang)
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!