Pasar Chatuchak Di Thailand Dulunya Sesak Dengan Pelancong Kini Sepi & Hampir ‘Mati’ );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz

Pasar Chatuchak Di Thailand Dulunya Sesak Dengan Pelancong Kini Sepi & Hampir ‘Mati’

Share
chatuchak
  • Pasar hujung minggu ini mempunyai 10,334 vendor peniaga.
  • Chatuchak Market dibuka semula pada Sabtu, 9 Mei selepas diarahkan tutup sejak 22 Mac lalu.
  • Pasar Chatuchak merupakan salah satu daripada 11 pasar yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA).

“This Is What Chatuchak Market Looks Like Today”

chatuchak
Foto: Rice Media

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa sesuai menggambarkan situasi semasa yang melanda sektor pelancongan dunia bukan hanya di Malaysia, malah negara gajah duduk angkara pandemik COVID-19.

Dahulunya pasar hujung minggu terkemuka di Bangkok, Chatuchak Market merupakan destinasi beli-belah yang menjadi buruan pelancong luar kini sunyi tanpa kehadiran pengunjung.

Pasar Chatuchak yang sebelum ini mampu menarik 200 ribu pengunjung sehari dilaporkan telah menjadi sepi dan hampir mati seolah pekan berhantu ‘ghost town’.

Sepanjang tinjauan dilakukan Rice Media, rata-rata peniaga pasar minggu di sini tiada pilihan lain terpaksa menutup operasi perniagaan mereka sejak penularan wabak COVID-19.

chatuchak
Foto: Rice Media
chatuchak
Foto: Rice Media

“Anda hanya boleh memilih salah satu; tutup perniagaan atau terus menanggung kerugian”.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pemilik kedai memilih untuk berjuang hingga akhir demi mencari sesuap nasi dan tabah meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, Bangkok Metropolitan Administration (BMA) telah mengarahkan pasar hujung minggu ini ditutup selama 48 hari.

Selain itu, peniaga dan vendor di sini turut diberikan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan sebelum dibenarkan beroperasi semula pada 9 Mei lalu.

chatuchak
Peniaga menunggu pengunjung yang tidak kunjung tiba
chatuchak
Foto: Rice Media

Memang benar, inilah rintihan dan realiti sebenar yang dihadapi penggiat industri pelancongan.

Bukan sahaja hotel, resort mahupun agensi pelancongan yang terkesan malah rangkaian yang terlibat secara tidak langsung turut berdepan situasi kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang akibat larangan merentas negeri serta penutupan sempadan.

Meskipun dihimpit dengan ketidakstabilan ekonomi dan penutupan pintu sempadan negara, penulis harapkan lokasi tumpuan pelancong seperti Pasar Chatuchak ini tidak terus lenyap.

Semoga sektor pelancongan di Malaysia turut diberikan perhatian sewajarnya demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin hari semakin suram.

 

Baca lagi: Thailand rancang buka sepenuhnya sektor ekonomi dan pelancongan dalam masa terdekat

Semoga industri pelancongan global segera pulih!

chatuchak
Foto: Rice Media

Sumber: Vocket

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!