Pelukis Ini Ilustrasi Setiap Tempat Dilawati Di New Zealand Dengan Berbasikal Semasa 'Lockdown' 456 Hari

Type to search

Adventure Backpackerz Pilihan Backpackerz

Pelukis Ini Ilustrasi Setiap Tempat Dilawati Di New Zealand Dengan Berbasikal Semasa ‘Lockdown’ 456 Hari

Share
pelukis

Bagi yang tidak biasa dengan percutian solo pasti akan berasa gementar untuk melakukannya buat kali pertama.

Sama seperti seorang pelukis dan pereka grafik kelahiran Kota London ini. Bayangkan mula-mula rancang nak berbasikal selama 30 hari sahaja, hujung kisah satu dunia kena lockdown.

Oleh kerana Tom Napper terlalu risau akan percutian solonya, dia memutuskan untuk menyertai lawatan berbasikal secara berkelompok, Tour Aotearoa, ke New Zealand pada tahun 2020 di mana dia mempunyai banyak peluang untuk bergaul dengan pelumba lain dan make new friends!

Tetapi, sayangnya Tour Aotearoa tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Sekitar awal tahun 2020, seluruh dunia telah dilanda wabak coronovirus dan ia menyebabkan sempadan New Zealand telah ditutup sehari sebelum Napper sepatutnya berangkat pulang ke London.

Nak dijadikan cerita, waktu tu berlakunya ‘lockdown’ secara menyeluruh di New Zealand, memang kelaut lah rancangan asal Napper.

Pelukis

pelukis

Kisahnya begini…

Napper tiba di New Zealand pada 16 Februari 2020 untuk mengambil bahagian dalam Tour Aotearoa, lawatan basikal yang melibatkan kira-kira seribu pelancong berbasikal sepanjang 3.000 km (sekitar 1.860 batu) laluan di seluruh negara.

Laluan ini bermula di Cape Reinga (juga dikenali dengan nama Māori Te Rerenga Wairua) di Pulau Utara dan berakhir di Bluff di hujung selatan Pulau Selatan, dan rata-rata mengambil masa sekitar 30 hari untuk menghabiskannya.

Peserta diminta untuk mengambil gambar setiap perhentian di sepanjang jalan bagi mengesahkan bahawa mereka mengikuti jalan tersebut, tetapi Napper meminta dan mendapat kebenaran untuk melakukan pemeriksaan visual sebagai ilustrasi. Dia tidak tahu bahawa lukisan ini akan menjadi projek jangka panjang.

Setelah menyelesaikan perjalanan, pelukis ini menuju ke bandar Balclutha untuk bertemu dengan rakan kuliah. Kunjungan tersebut ternyata tidak lain adalah peluang bagus untuk berehat sebelum menaiki penerbangannya pulang.

percutian solo
Sumber: instagram/tomnapper

Napper sebenarnya tidak tahu dalam waktu dia bertungkus lumus menghabiskan perjalanan berbasikal, dunia sedang kecoh dengan kedatangan virus yang tidak diundang itu.

“Saya perlu buat keputusan sekarang, sama ada perlu beli tiket pulang last minute ke London yang baharu ataupun tinggal dan tunggu sehingga sempadan dibuka semula,” ujarnya.

Oleh kerana Napper beranggapan ‘lockdown’ ini hanya sementara, dia memilih untuk tinggal dan perlu memohon visa perlancongan yang baharu.

“Anggapan saya salah dan percutian solo saya yang pada awalnya itu hanya 30 hari telah berubah kepada 15 bulan sehingga sekarang.

“Sedar tak sedar, 30 lukisan perhentian di sepanjang laluan basikal telah menjadi projek jangka panjang bagi mendokumentasikan semua tempat yang pernah saya lawati di New Zealand,” jelasnya lagi.

Pelukis
Sumber: instagram/tomnapper
Pelukis
Sumber: instagram/tomnapper

“Saya selalu mahu menjadi seseorang yang cukup berani untuk melakukan percutian solo,” kata Napper.

Percutian solo bukan hanya sekadar untuk bersiar-siar, dari sudut seorang pelukis, ianya satu pengembaraan yang memuaskan.

Maksudnya, jika anda selesa dan boleh menghabiskan masa yang panjang tanpa bergantung pada orang lain untuk mengisi waktu percutian anda, yes you’re good to go!

“Saya tak pernah rasa bosan dalam 14 bulan terakhir,” kata Napper.

“Melakukan lukisan hanya menjadi kekuatan bagi saya. Dengan senang hati saya dapat menghabiskan sepanjang masa di hadapan laptop bagi menyiapkan karya seni saya yang mempunyai kisah tersendiri untuk diceritakan di media sosial saya.

“Dan itu seakan menjadikan saya di tempat di mana bukannya saya hanya pergi untuk ‘mendaki’, tetapi ‘pendakian’ saya mempunyai objektif, cuma saya ekspresikan dalam bentuk lukisan. Dan kemudian saya bercerita dengan lukisan itu ketika saya kembali pulang,” tambahnya lagi.

Dalam tak sedar, Napper yang bergelar seorang pelukis separuh masa ini mampu bertahan di New Zealand lebih setahun lalu tercetus idea mendokumentasi setiap pengembaraan berbasikal dengan lakaran. Memang menarik! 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!