15 Fakta Menarik Lipstick Yang Mengejutkan Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Pilihan Editor Trend

15 Fakta Menarik Lipstick Yang Mengejutkan

Share

Tentu banyak cerita dan fakta yang menarik apabila bercerita mengenai gincu.

1 – Gincu diharamkan penggunaannya pada Zaman Pertengahan di Eropah oleh pihak gereja kerana dianggap pemuja syaitan.

2 – Memakai gincu ketika era Revolusi Perancis pula boleh mengakibatkan seseorang terbunuh. Sesiapa yang menggunakan gincu ketika itu dianggap bersimpati dengan golongan bangsawan lalu diheret ke tempat hukuman penggal kepala. Era ini menyaksikan berakhirnya lelaki memakai gincu.

3 – Saintis Perancis mendapati seorang lelaki menelan sehingga enam paun (2.7kg) gincu sepanjang hayatnya, manakala seorang wanita sehingga 17 paun (7.65kg).

4 – Ketika zaman kegemilangannya, primadona Elizabeth Taylor dikenali kerana gincu merah menyala yang sentiasa dipakainya. Di set filem pula, tiada seorang pun dibenarkan memakai gincu warna sama dengannya.

5 – 70% lelaki bersetuju bahawa gincu merah memberi kesan ‘sexy’ kepada wanita.

6 – 15% peratus kesan gincu hilang sewaktu mencuci muka dan mandi, 5% melekat pada cawan, botol dan tin minuman, 5% pada sudu dan garpu dan 30% berakhir di dalam perut, disebabkan makan atau menjilat.

7 – Ratu Elizabeth II mempunyai gincu khas yang dibuat sepadan dengan jubah pertabalan beliau. Ia dinamakan ‘Gincu Balmoral’.

8 – Presiden pertama Amerika Syarikat, George Washington dikatakan gemar memakai gincu.

9 – Sejak berkurun lamanya gincu menjadi teman setia kaum Hawa yang mana wujud rekod penggunaannya pada zaman Mesopotamia purba. Wanita zaman itu menghancurkan batu perhiasan hingga menghasilkan serbuk warna lalu disapu pada bibir.

10 – Lipstick Hitam dikaitkan dengan gothik dan kebudayaan punk.

11 – Lip Gloss telah diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1930 oleh Syarikat Faktor Max.

12 – Wanita membelanjakan purata $15,000 untuk alat solek buat dirinya sepanjang hayat, $1780 itu dibelanjakan kepada gincu.

13 – Dalam era Greece Purba, gincu bukanlah  menjadi trend kepada rakyat kelas tinggi, tetapi digunakan untuk mengenal pasti pelacur. Malah terdapat  undang-undang di mana pelacur tidak boleh keluar tanpa memakai gincu, supaya mereka tidak boleh “menipu” lelaki.

14 – Beberapa syarikat pengeluar gincu bertaraf dunia mengatakan bahawa 1 lipstick terjual dalam masa satu saat.

15 – Survey yang dijalankan pada tahun 2007 mengatakan bahawa 82% wanita tidak berasa ‘confident’ untuk bekerja atau keluar ‘dating’ andai tidak memakai sebarang gincu.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!