3 Sebab Wanita Perlu Buat Pemeriksaan Kesuburan Awal );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Editor Sihat

3 Sebab Wanita Perlu Buat Pemeriksaan Kesuburan Awal

Share
pemeriksaan awal

Bila musim COVID ni kita banyak habiskan masa dengan stay-at-home, mana nak kejar urusan kerja, mana nak fikir hal rumah tangga lagi. Terutama sekali wanita.

Golongan ini sering mengambil berat tentang keadaan anak dan suami di rumah, tapi adakah mereka melakukan pemeriksaan diri sendiri? Lebih-lebih lagi perihal kesuburan mereka.

Sejak terjadinya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, selalu sahaja kita lihat ibu-ibu mengandung di klinik bagi menjalani sesi pemeriksaan.

 Yelah mana tidaknya, rakyat perlu berkurung sejak PKP 1 sebab itulah keluarnya istilah ‘baby PKP’.

pemeriksaan awal

Macam sekarang kita sedang mengalami PKP 3.0 sekali lagi, tetapi mujur peraturannya tidak seketat dahulu. Oleh itu sebagai pasangan perkahwinan, anda perlulah bijak merancang keluarga bagi melahirkan generasi yang sihat untuk negara. Jika tidak Malaysia akan dilanda fenomena ‘baby boom’ (kelahiran luar biasa) seperti di Amerika Syarikat pada tahun 1998.

Baru-baru ini, Organon telah memperkenalkan dirinya ke pasaran Malaysia dan meraikan pelancarannya sebagai satu-satunya syarikat global dengan saiznya yang fokus pada melihat kesihatan wanita melalui holistic lens.

pemeriksaan awal
pemeriksaan awal
Ketua Pegawai Eksekutif Organon Kevin Ali berdiri di hadapan "Wall of Voices" di luar Bursa Saham New York. Paparan ini merupakan gambaran audio dan visual dari komitmen Organon untuk mendengar keperluan penjagaan kesihatan wanita.

Apa itu holistic lens?

Ia merupakan salah satu pendekatan dimana dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif seperti pemeriksaan awal.

“Setelah sekian lama menghadapi masalah kesihatan yang umum seperti pendarahan haid yang banyak, menyakitkan dan tidak tetap, inkontinens dan putus haid serta pelbagai lagi kerumitan, wanita sering diberitahu agar menerima dan membiasakan diri dengan masalah kesihatan yang dialami sebagai sebahagian daripada lumrah kehidupan,” jelas Sandy Milligan, Ketua Penyelidikan Organon & Pembangunan.

Misi Organon adalah untuk mengubah tanggapan ini. Tetapi, bagaimana? Sebab itulah, Organon menggunakan pendekatan secara menyeluruh (holistic lens) bagi menangani masalah ini dari akar umbi. Prevention is better that cure, right?

Jadi, ibu, kakak, adik perempuan, saudara perempuan serta yang berkenaan diingatkan untuk lakukan pemeriksaan awal kesuburan wanita kerana ia dapat membantu dari segi:

1) keupayaan untuk mengenal pasti penyakit lebih awal

2) kemampuan untuk mengubah keadaan penyakit atau keadaan kesihatan;

3) akhirnya meningkatkan kualiti kehidupan bagi wanita di semua peringkat

Organon percaya pendekatan ini akan membawa kejayaan yang besar.

pemeriksaan awal
Bangunan Bursa Saham New York mempamerkan pelancaran Organon - Here for Her Health

Wanita juga memainkan peranan penting dalam komuniti dan negara kita – sama ada sebagai seorang ibu, anak perempuan, kakak, malahan juga sebagai seorang profesional, usahawan dan pekerja.

“Untuk membina komuniti dan negara yang lebih sihat, kita perlu beri sokongan kepada mereka,” kata Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang, Ketua Pegawai Saintifik Penyelidikan Kanser Malaysia.

pemeriksaan awal
Professor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang, Chief Scientific Officer of Cancer Research Malaysia.

Bagi Profesor Dr Jamiyah Hassan, Pensyarah Pelawat dan Perunding, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula, wanita umpama berlian – kuat, tahan lasak, cantik dan berharga.

pemeriksaan awal
Professor Dr Jamiyah Hassan, Visiting Lecturer and Consultant, Department of Obstetrics and Gynaecology, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kami percaya semua wanita di seluruh dunia dan di negara Malaysia yang tercinta perlu diberi penghormatan dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan mereka kekal sihat dari segi fizikal dan emosi supaya mereka boleh memastikan keluarga dan negara kita juga kekal sihat,” tegasnya lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.organon.com serta berhubung di LinkedIn dan juga Instagram.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!