eGG Network Tawar RM30 Ribu & Tiket PUBG Mobile Malaysia National Championship 2021

Type to search

E-Com Gaming Pilihan E-Com Pilihan Editor

eGG Network Tawar RM30 Ribu & Tiket PUBG Mobile Malaysia National Championship 2021

Share
eGG network

Wassup wassup guys terutama buat peminat esports di Malaysia. Ni penulis nak kongsi berita baik untuk korang semua yang siang malam bersengkang mata demi winner winner chicken dinner.

Pemain PUBG Mobile Malaysia berpeluang untuk sertai liga kejohanan yang dibawakan khas oleh komuniti eGG Network buat kali pertama.

Telur Mata Cup secara rasmi disokong oleh PUBG Mobile Malaysia bakal menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000 kepada pemenang sementara itu pasukan yang menjuarai Telur Mata Cup akan layak ke peringkat kumpulan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2021 secara automatik.

Ala nanti yang join semua power power, memang tak lah nak menang. Hah siapa cakap. 

Telur Mata Cup merupakan kejohanan peringkat amatur yang terbuka untuk semua warganegara Malaysia, kecuali pemain atau pasukan PUBG Mobile yang aktif dalam kejohanan profesional di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa.

eGG network

Pendaftaran adalah percuma dan akan dibuka pada 28 Mei 2021 di laman Facebook eGG Network www.facebook.com/eGGNetwork.

Pusingan Kelayakan akan berlangsung pada 12 – 13 dan 19 – 20 Jun. Perlawanan terpilih dari Peringkat Kumpulan (24 – 26 Jun) dan kesemua perlawanan di Peringkat Akhir (3 – 4 Julai) akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook dan saluran YouTube eGG Network.

Telur Mata Cup disokong oleh ERA, Stesen Radio no. 1 di Malaysia, dan Agri Mind, penaja acara esports di Malaysia.

Anda sudah boleh melatih ahli pasukan anda kerana pendaftaran untuk akan bermula pada 28 Mei! Kumpulkan skuad anda dan bersedialah untuk menekan butang “DAFTAR SEKARANG”. 

Daftar sekarang dan nantikan hanya di eGG Network untuk maklumat lanjut mengenai Telur mata Cup di Facebook | Instagram | Website.

eGG network
Telur Mata Cup - PUBG Mobile Tournament
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!