Sneak Peek: Foto & Destinasi Idaman 30 Finalis Contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Sneak Peek: Foto & Destinasi Idaman 30 Finalis Contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist

Share
wishlist

Majalah Digital Pelancongan, BackPackerz dengan kolaborasi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia telah menganjurkan Peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021 istimewa buat pengikut dan peminat segmen percutian tempatan.

Peraduan ini berlangsung selama 17 hari bermula 17 Mac 2021 hingga 2 April 2021, berjaya menghimpunkan lebih 310 penyertaan yang cukup menggalakkan dan menerima penyertaan berbilang bangsa dari seluruh Malaysia.

Perhatian buat 30 peserta peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021 yang telah disenarai pendek. Berikut adalah pesaing anda semua;

wishlist

Pihak Tourism Malaysia dan BackPackerz sedang menilai kesemua penyertaan anda sehabis baik dengan penglibatan 5 juri. 

Oleh itu, pihak penganjur mengambil pendekatan menganjak tarikh pengumuman pemenang peraduan dari 19 April ke 23 April 2021.

Untuk mengisi hari-hari penjurian yang dilakukan, kami akan kongsikan bingkisan gambar dan wishlist 30 penyertaan yang telah dipilih secara muktamad sepanjang baki hari pengumuman menjelang 23 April ini.

Jom sama-sama kita saksikan “sneak peek” para finalis peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021.


1 – Lim Kim Siang / Wishlist: Miri, Sarawak

Sentiasa ingin mengunjungi Air Terjun Three Sisters Keluan dan Air Terjun Seli Tekiwit yang terletak di Long San, Ulu Baram, Miri, Sarawak.

Penulis sendiri pertama kali tahu mengenai lokasi yang diidamkan ini. Ekspedisi ke sini memerlukan anda menempuh 8 jam perjalanan menaiki 4WD, satu pengalaman yang cukup adventure.

Buat pengetahuan anda, Air Terjun Tekiwit merupakan salah satu air terjun terhebat di Sarawak.

wishlist

2 – Mohd Shazreen B Mohamad Yunus / Wishlist: Miri, Sarawak

Destinasi idaman yang terbuku di dalam hati adalah penerokaan Gunung Mulu National Park atau lebih dikenali sebagai Taman Negara Mulu terletak di Miri, Sarawak.

Tarikan ini merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO World Heritage Site. Taman Negara Mulu memegang status taman terbesar di Sarawak. Dua lokasi yang ingin dijejaki adalah Sarawak Chamber dan Garden of Eden Valley Walk.

Wishlist

3 – Nur Fatihah Bt Hasri / Wishlist: Langkawi, Kedah

Finalis ini memilih Pulau Lagenda yang tidak asing lagi sebagai destinasi idaman kerana gemar percutian yang menawarkan keindahan alam sekitar.

Bagi Fatihah, Langkawi merupakan destinasi persinggahan yang melengkapi percutian idamannya seperti pulau (island hoping), pemandangan (puncak Gunung Mat Chinchang), lanskap (kereta kabel dan Sky Bridge), adventure (parasailing) serta melihat pelbagai haiwan marin ‘rare’ di Underwated World.

wishlist

4 – Krystal Amanda Fernandez / Wishlist: Sabah

Bagi Krystal, permata tersembunyi cukup bernilai terletak di Sabah. Kaya dengan keajaiban semula jadi, kepelbagaian budaya, lagenda sungai dan air terjun serta memiliki puncak gunung tertinggi di Malaysia.

Destinasi wishlist adalah mengunjungi Orou Sapulot di Keningau. Pendek kata, kalau anda ingin jejaki sisi berbeza Borneo, Welcome to the hidden world of Borneo, a community based eco-tourism project di Orou Sapulot.

wishlist

5 – Peserta: Jaffar B Tukiran / Wishlist: Pulau Rawa, Johor

Merupakan anak jati Johor, namun masih belum berkesempatan terokai gugusan pulau di Mersing termasuklah Pulau Rawa yang digelar “Maldives of Johor”.

Jika diberikan peluang, aktiviti selam skuba melihat warna-warni hidupan marin, santai di tepi pantai sambil menikmati desiran ombak yang menenangkan. 

Pulau Rawa sentiasa menjadi idaman buat penulis, satu hari pasti menjejakkan kaki di sini.

wishlist

Hah, ni baru 5 finalis daripada 30 peserta yang telah shortlisted.

Bila penulis melihat semua gambar dan idea percutian yang dikongsikan, ternyata rakyat Malaysia sangat rindukan untuk melancong biarlah dalam negara sekalipun.

Orang kata asal lepas rindu nak pergi mendaki, masuk hutan, mandi air terjun, lepak santai tepi pantai atau petik buah strawberry dekat tanah tinggi, janji dapat keluar bercuti dan merancakkan semula sektor pelancongan domestik.

Harap-harap selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ketiga ini sedikit sebanyak berjaya menurunkan kadar kes jangkitan semasa dan memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan rutin seperti biasa.

Kami akan kongsi bingkisan foto dan travel wishlist setiap finalis sepanjang sesi pemilihan serta penjurian dilakukan menerusi Facebook BackPackerz. Stay tuned guys! 

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!