OPPO Lancar Pertandingan Fotografi ‘Be A Renographer’ Dengan Kerjasama Tourism Malaysia - Verst Apps );

Type to search

Apps E-Com Pilihan E-Com Pilihan Editor

OPPO Lancar Pertandingan Fotografi ‘Be A Renographer’ Dengan Kerjasama Tourism Malaysia

Avatar
Share
Oppo

OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia bekerjasama melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’.

Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan pertandingan fotografi ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020.

Bagi memberi ruang kepada para peserta dalam mencungkil bakat mereka, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Oppo
Be a Renographer

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret. Di bawah kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala Clearly Your Best Landscape memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi fotografi keindahan Malaysia.

Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan fotografi melalui foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal. Tourism Malaysia berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang selamat buat semua para pelancong,” kata Encik Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Oppo

“OPPO sentiasa berusaha dalam menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini demi kemudahan para pengguna, termasuklah kecanggihan kamera di telefon pintar kami. Melalui RENO, kami ingin memberi inspirasi, mendorong, dan menyerlahkan bakat terpendam para pengguna dalam bidang fotografi,” kata Ray Wong, Pengurus Produk OPPO Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, klik sini.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!