Gelembung Perjalanan Domestik 'Travel Bubble', Ini 10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Gelembung Perjalanan Domestik ‘Travel Bubble’, Ini 10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong

Share
Travel bubble
  • Kerajaan bersetuju membenarkan perjalanan rentas mukim, daerah & negeri membabitkan beberapa negeri zon hijau dalam travel bubble.
  • MOTAC menyarankan penduduk khusus di zon hijau melancong secara travel bubble & menggunakan perkhidmatan pelancongan tempatan.
  • Industri pelancongan negara kerugian RM45 bilion sejak Januari hingga Jun lalu disebabkan sekatan perjalanan & pintu sempadan ditutup.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan kerugian sektor percutian domestik boleh mencecah RM100 bilion malah mungkin lebih menjelang hujung tahun 2020.

Kebanyakan pengusaha perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan dan resort, pemandu pelancong, inap desa dan produk pelancongan kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh sukar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitupun, sesi libat urus di antara kerajaan dan MOTAC bersama pemain industri untuk berbincang serta memastikan alternatif yang digunapakai ketika ini lebih proaktif. Ia penting dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang merupakan antara penyumbang utama ekonomi di Malaysia.

Travel Bubble

Susulan perkembangan terbaharu itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terkini untuk rakyat di zon negeri hijau melancong dalam konsep gelembung perjalanan domestik atau “Travel Bubble”.

Begitupun, pelaksaaan gelembung perjalanan hanya melibatkan destinasi dalam negara dan tidak meliputi perjalanan masuk atau ke luar negara.

Keputusan itu sedikit sebanyak mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan serta ejen pelancongan setelah berdepan situasi ibarat bernafas dalam lumpur.

Tambahnya lagi, pelaksanaan travel bubble dan kebenaran rentas negeri zon hijau ini cukup bermakna dalam memulihkan ekonomi serta membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk tujuan bercuti.

Travel Bubble

Berikut antara SOP melibatkan Gelembung Perjalanan Domestik (Travel Bubble) yang diumumkan baru-baru ini;

  1. Pelancongan melibatkan keluar dan masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.
  2. Pergerakan hanya dibenarkan dari Mukim/Daerah/Negeri berstatus hijau ke kawasan lain berstatus hijau sahaja sama ada di dalam Negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sama (inter-state) atau merentas keluar ke / masuk dari Negeri PKPB / PKPP (inter-state) yang lain.
  3. Kontrak rapat dengan kes positif, individu yang dikenakan kuarantin kendiri dan kuarantin wajib, baru kembali dari kawasan merah serta bergejala tidak dibenarkan untuk melancong.
  4. Setiap zon warna Mukim/Daerah/Negeri ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan disiarkan oleh Majlis Keselamatan Negara secara harian.
  5. Pelancong/penduduk dari Mukim/Daerah/Negeri hijau menuju terus ke destinasi pelancongan hijau TANPA merentasi kawasan kuning, jingga dan merah dibenarkan bergerak TANPA kebenaran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
  6. Pelancong/penduduk dari Mukim/Daerah/Negeri hijau menuju terus ke destinasi pelancongan hijau yang perlu merentasi kawasan kuning, jingga dan merah WAJIB mendapatkan kebenaran PDRM.
  7. Pemohonan kebenaran pergerakan sekeluarga dan kumpulan pelancong pakej pelancongan di bawah syarikat pelancongan sah berlesan dan berdaftar dengan MOTAC boleh dibuat secara pukal kepada PDRM.
  8. Pengesahan dan dokumentasi pelancong/penduduk berasal dari zon hijau perlu mengemukakan deklarasi tahap kesihatan risiko semasa berstatus risiko rendah (low risk) melalui aplikasi MySejahtera, bukti tempahan penginapan, tiket, pakej percutian, itinerari perjalanan atau apa-apa dokumen yang ditentukan oleh PDRM.
  9. SOP zon hijau ini merangkumi kenderaan persendirian, kereta sewa, kenderaan pengangkutan awam dan pelancongan (bas, keretapi, kapal terbang, feri, bot & sebagainya).
  10. Pelancong tidak boleh berhenti di antara zon merah sekiranya merentasi kawasan itu. Dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik untuk mengelakkan hentian atau berada di zon merah.

Travel Bubble

MOTAC berharap rakyat akan merebut peluang untuk bercuti dalam negara dengan selamat dan sentiasa mematuhi SOP di dalam norma baharu sepanjang perjalanan.

Harapan MOTAC adalah untuk memulihkan ekonomi supaya orang ramai masih berpeluang bergerak, dapat pergi melancong, selain ekonomi negara dapat dikembangkan.

Untuk SOP lebih lanjut dan jelas, anda boleh dapatkan di laman web rasmi MOTAC atau klik pautan ini – Gelembung Perjalanan Domestik.

Sekiranya anda terlepas, Malaysia Airlines kini menawarkan Stimulus Cuti Malaysia dengan potongan subsidi sehingga RM200 – baca di sini.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!