IKHLAS & AirAsia Digital Lancar Aplikasi Mudah Alih Untuk Pengguna Muslim

Type to search

Adamedia Edutainment Isu Best Pilihan Editor

IKHLAS & AirAsia Digital Lancar Aplikasi Mudah Alih Untuk Pengguna Muslim

Share

IKHLAS yang merupakan cabang perniagaan syarikat mesra-muslim AirAsia Digital, kini dilihat semakin berkembang maju apabila memperkenalkan aplikasi mudah alih terbaharunya.

Ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi jenama IKHLAS sebagai sebuah platform yang lancar dan mudah diakses oleh komuniti beragama Islam di Malaysia dan di rantau ini.

aplikasi

Aplikasi baharu ini menawarkan ciri-ciri seperti maklumat dan notifikasi waktu solat, kompas kiblat, platform e-dagang ‘Shop with IKHLAS’, bayaran untuk perkhidmatan sedekah, fidyah, zakat, akikah dan korban.

Para pengguna juga boleh menerima maklumat terkini dari masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah mendaftar sebagai sebahagian daripada komuniti di aplikasi mudah alih IKHLAS.

Lebih menarik, pelbagai pilihan aktiviti lain seperti ‘Sahabat IKHLAS’ juga akan tersedia tidak lama lagi dan ia juga boleh diakses menerusi aplikasi AirAsia Super.

Menurut kenyataan Ketua Ikhlas, Ikhlas Kamarudin berkata, pengenalan aplikasi mudah alih pada bulan Ramadan yang mulia ini menandakan satu lagi pencapaian bagi jenama IKHLAS dan pihaknya akan terus berinovasi dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk para pengguna.

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, aplikasi mudah alih ini bukan sahaja menyediakan platform mesra-muslim yang mudah, dan boleh diakses oleh komuniti beragama Islam, malah turut menyediakan barangan keperluan harian daripada syarikat yang mempunyai sijil halal.

aplikasi

“Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa kempen ‘Road to Ramadan’ yang telah bermula sejak bulan Mac lalu telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM580,000.

“Derma ini membolehkan kami mengagihkan barangan keperluan dan makanan untuk membantu lebih 2,200 buah keluarga selain pengagihan 10,000 set makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan di seluruh negara.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menderma dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tambah Ikhlas.

Turut hadir pada pelancaran aplikasi IKHLAS, Yang Berbahagia Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, beliau sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh IKHLAS.com dalam memperkenalkan aplikasi IKHLAS yang baharu ini.

“Ia dilihat dapat membantu masyarakat muslim dalam melaksanakan amal ibadah secara syariah dan memperoleh maklumat melalui aplikasi yang dikendalikan oleh IKHLAS.com ini.

“Saya mengharapkan IKHLAS.com terus maju dalam melaksanakan usaha yang baik ini dan mudah-mudahan ianya diterima oleh Allah SWT,” katanya.

Aplikasi mudah alih IKHLAS kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.

aplikasi

Buat masa ini, IKHLAS menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Zakat, Sadaqah, Fidyah, Akikah, Korban, platform e-dagang, ‘Shop with IKHLAS’ dan akan memperkenalkan perkhidmatan Kesyukuran, Ziarah dan Umrah pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!