Kenapa Perlu Pilih Bengkel Bertauliah, Pengalaman Untuk Servis Kereta Tempatan? Ini 5 Kelebihan Menurut Pakar );

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Kenapa Perlu Pilih Bengkel Bertauliah, Pengalaman Untuk Servis Kereta Tempatan? Ini 5 Kelebihan Menurut Pakar

Share
bengkel

Apa jenis perniagaan yang anda jalankan, tidak kira perkhidmatan, bengkel servis mahupun penyediaan makanan dan minuman, aspek customer always right sentiasa berlegar difikiran.

Kini, era digital mendepani segalanya sehingga mengubah persepsi itu kepada pengalaman pelanggan lebih diutamakan.

Sekiranya berlaku satu pengalaman kurang menarik dari sudut pelanggan boleh menyebabkan kehilangan pelanggan sedia ada, malah berpotensi menjadi ‘buah mulut’ oleh orang ramai mengenai pengalaman kurang menyenangkan itu.

Customer experience merupakan ukuran penting kepada pemilik kenderaan yang menghantar kereta di bengkel sama ada untuk dibaiki, diselenggara ataupun dihias (modified).

Tidak semestinya pusat servis kereta mewah dan continental tak mahir dalam aspek penyelenggaran kereta tempatan, begitu juga bengkel biasa yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata tempat.

bengkel
Hanya pahit manis pengalaman menjadikan pemilik kenderaan lebih berhati-hati memilih pusat servis atau bengkel yang dipercayai

Persoalannya, adakah kereta jenama nasional seperti Proton dan Perodua tidak melepasi standard untuk dihantar di pusat servis pakar?

Sebenarnya tidak ada salahnya kalau geng Myvi yang mementingkan kualiti penyelenggaraan, kelengkapan hab servis dan mengutamakan keselesaan hantar kenderaan mereka di pusat servis pakar (specialist). Memberi kesenangan kepada pemilik dan tidak perlu bersusah payah melakukan servis berasingan, hanya tumpu satu pusat servis pakar yang menyakinkan.

Begitu juga pemilik BMW yang nak hantar kereta di bengkel member tepi jalan asalkan pemilik tahu apa yang hendak diselenggara dan modified disebabkan sudah selesa berurusan dengan mekanik di situ.

Kebiasaaan igauan pemilik kenderaan tidak kira jenis adalah mencari bengkel kereta yang bagus, tidak ditipu dari segi harga dan spare parts serta caj servis yang berpatutan.

Kadangkala pemilik sendiri tidak faham masalah kenderaan harian digunakan dan membuat andaian bahawa bengkel member atau pusat servis pakar itu menipu.

Bengkel
Mengenal pasti punca masalah pada kenderaan adalah satu kepakaran

Bagi menyelesaikan kesangsian pemilik kereta untuk mencari bengkel bertauliah dan berpengalaman, penulis kongsikan beberapa panduan menurut pakar automotif kenderaan jenama tempatan, Luxury Japanese & Continental, Romi Halid.

Menurutnya, pelanggan pada masa kini semakin bijak dan arif dalam membuat keputusan memilih pusat servis kenderaan yang diyakini, bertimbang rasa dan mengutamakan pengalaman pelanggan.

“Jika pelanggan yang ada Toyota Vellfire dan pernah hantar ke Vector Auto, tidak semestinya mereka ada kereta import sahaja. Rata-rata pelanggan tetap kami juga pengguna kenderaan tempatan, jadi mereka tetap hantar ke sini untuk servis atau baiki”, jelas pemilik Vector Auto specialist di Segambut, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, Vector Auto sentiasa mengamalkan servis jujur untuk mengatasi ‘stigma’ segelintir pemilik kereta tempatan yang memberi tanggapan bahawa pusat servis pakar dan bertauliah mengenakan ‘caj mahal’.

Vector Auto menawarkan servis premium pada harga mampu milik terutama bagi jenama kereta tempatan seperti Kancil, Wira, Saga, Exora dan banyak lagi.


Salah satu sebab Vector Auto pakar dalam mengendalikan kereta nasional adalah pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia automotif tanpa mengambil kira apa jenis ‘latar belakang’ sesebuah kenderaan, disamping diselenggara ‘brader’ mekanik bertauliah serta ringan mulut.


bengkel
Vector Auto specialist - pakar servist kereta tempatan, import & menawarkan hab servis lengkap
bengkel
Kepuasan & kepercayaan pelanggan keutaman Vector Auto

Kelebihan servis kereta jenama nasional di Vector Auto

  1. Pusat servis 100% anak tempatan dan bumiputera
  2. Memiliki hab servis yang lengkap, menyeluruh serta menyakinkan pelanggan.
  3. Mekanik yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok untuk mengesan punca masalah sesebuah kenderaan termasuk kereta jenama tempatan.
  4. Caj servis, baiki dan selenggara yang berpatutan serta hasil kerja memuaskan.
  5. Pelanggan diberikan pilihan, cadangan serta kualiti alat ganti mengikut bajet mereka.

Sebagai contoh, Perodua Myvi mengalami masalah pada brake pad, disc rotor, alternator atau starter motor, Vector Auto tidak memaksa pelanggan untuk menggunakan alat ganti asli.

Seperti sedia maklum harga spare parts original mahal tetapi pelanggan akan diberikan suggestion sesuai mengikut bajet sedia ada.

Di sini pentingnya customer experience dimana pelanggan dimaklumkan keperluan semasa untuk menukar sesuatu alat ganti, kemampuan berbelanja, bersikap amanah dan jujur serta tiada ‘hidden charge’ selepas pembaikan.

bengkel
Kereta kancil pun kami baik pulih & servis, no problem
Bengkel
Vector Auto terletak di Jalan Segambut, Kuala Lumpur

Dengan panduan yang dikongsikan pakar automotif, penulis harap artikel ini membantu mengembalikan keyakinan pengguna kenderaan jenama tempatan datang ke pusat servis pakar seperti Vector Auto specialist untuk servis, selenggara dan baiki.

Vector Auto – Pakar Kereta Jenama Tempatan, Continental & Luxury Japanese

Alamat: No. 154B, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur
Waze: Vector Auto
Dibuka: Isnin hingga Sabtu (9 pagi-6 petang)
Facebook: Vector Auto
Email: Vectorauto.hq@gmail.com
Telefon/Whatsapp: 012-288 8903

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!