Aktiviti Pelancongan Domestik Dijangka Buka Semula Oktober Ini );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Aktiviti Pelancongan Domestik Dijangka Buka Semula Oktober Ini

Share
domestik
  • Program vaksinasi kepada barisan hadapan dalam industri pelancongan amat penting sebelum pembukaan semula.
  • MOTAC sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan penggiat sektor pelancongan dalam membantu mereka yang terjejas.
  • Imuniti kelompok perlu dicapai di lokasi tumpuan pelancongan domestik untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.
domestik
Central Market, Kuala Lumpur

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam perancangan untuk mengangkat Kuching sebagai salah satu jaringan bandar raya kreatif di peringkat ASEAN dan UNESCO di bawah kategori gastronomi.

MOTAC juga dalam usaha untuk memastikan imuniti kelompok berjaya dicapai merangkumi dua destinasi tempatan yang berpotensi iaitu Langkawi dan Kuching.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya menjangkakan sektor pelancongan domestik dibuka semula menjelang Oktober ini namun segalanya bergantung kepada perkembangan semasa kes COVID-19.

“Di Langkawi, populasinya adalah 76,400 dan kita nak 30,530 daripadanya divaksin supaya adanya imuniti kelompok, sekali gus orang ramai lebih yakin untuk pergi melancong dan mereka yang terbabit ada perlindungan sewajarnya sebelum menyambut kedatangan pelancong.” katanya.

Dalam perkembangan lain, MOTAC berusaha untuk memastikan semua penggiat dalam sektor pelancongan diberikan suntikan vaksinasi sebagai persediaan awal apabila industri itu dibuka semula kepada pelancong dalam negara.

domestik

Tambah Nancy, MOTAC merancang untuk pergi ke pulau peranginan lain membabitkan program imunisasi itu agar lebih banyak pihak terlibat dapat divaksinasi secara besar-besaran.

Beliau berkata demikian melalui Program Bicara Naratif Agenda Memperkasa Sektor Pelancongan dan Kebudayaan Dalam Mendepani Pandemik yang disiarkan menerusi TV1, pada 14 Jun lalu.

Sememangnya program vaksinasi yang menumpukan tourism frontliners ini amatlah penting terutama melibatkan pekerja hotel, sektor penerbangan dan sub pelancongan berkaitan seperti pekerja spa, persembahan kebudayaan dan seni muzik serta pemandu pelancong.

Tidak dapat tidak, pembukaan semula pelancongan domestik disifatkan sangat memerlukan untuk mengimbangi semula kerugian, memberi semula harapan buat penggiat industri termasuk agensi media dan pengiklanan, perhotelan, inap desa, homestay, online travel agency (OTA), operator aktiviti rekreasi lasak dan riadah air serta pelbagai rangkaian yang berkaitan pelancongan untuk bernafas semula.

Semoga cepat sembuh bumi Malaysia, terus kekal berada di rumah.

Sumber: Twitter MOTAC & Berita Harian
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!