Ayuh Peminat Bola Sepak Imbau Kembali Perjalanan 'World Cup' Bersama Adidas & Al-Ikhsan Sports Di 5 Lokasi Pameran Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Editor Verst

Ayuh Peminat Bola Sepak Imbau Kembali Perjalanan ‘World Cup’ Bersama Adidas & Al-Ikhsan Sports Di 5 Lokasi Pameran

Share
peminat bola sepak
  • Bola Perlawanan Rasmi Piala Dunia tahun ini yang menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia adalah Al-Rihla.
  • adidas mengalu-alukan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid.
  • Pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk Kod FIFA23 Ultimate Edition & bola perlawanan rasmi Al-Rihla ditandatangani David Beckham.

peminat bola sepak

adidas Malaysia Mengajak Semua Peminat Bola Sepak untuk Meraikan Detik Kegemilangan Piala Dunia dan Inovasi Terbaik Bola Sepak dengan Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas di beberapa lokasi antaranya Sunway Pyramid, KTCC Mall, Sunway Carnival Mall, Mid Valley Southkey & Mahkota Parade.

peminat bola sepak

Kuala Lumpur, 10 November 2022 – Sempena Piala Dunia Qatar akan datang; dan bagi meraikan Al-Rihla, inovasi terkini dalam sejarah bola perlawanan Tiga Jalur yang panjang – adidas mengalu-alukan para atlet dan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid.

adidas menginovasikan bola perlawanan rasmi selama lebih lima dekad, ia memainkan peranan penting dalam evolusi Piala Dunia. Sejak 1970, adidas secara konsisten telah menambah baik setiap iterasi bola perlawanan rasmi Piala Dunia, menerusi perubahan bahan dan reka bentuk yang mencerminkan evolusi kejohanan tersebut.

Penyelidikan dan kemajuan selama berdekad lamanya telah membawa kepada penghasilan Bola Perlawanan Rasmi Piala Dunia tahun ini yang menjadi tumpuan jerayawara kali ini, iaitu Al-Rihla.

peminat bola sepak
Sharmin Photographer, Pengurus Negara adidas Malaysia & Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports

Perpaduan Menerusi Sukan

Sebagai kejohanan bola sepak utama antarabangsa yang pertama dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia sekali lagi dapat berhimpun dan menikmati derauan tenaga yang dicetuskan oleh Piala Dunia.

Komitmen yang dipegang bersama adidas dan Al-Ikhsan untuk sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap perkara yang mereka lakukan ditunjukkan secara jelas menerusi elemen-elemen yang tersendiri dalam jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas.

Setiap bahagian jerayawara tersebut memberikan pengalaman yang asli dan menyeluruh kepada para pengunjung untuk menerokai sejarah bola sepak di samping memperkenalkan kepada mereka masa depan sukan itu.

Acara gilang gemilang untuk para peminat bola sepak ini bakal menyatukan para pemain dan peminatnya menerusi kuasa sukan tersebut.

Bola Paling Lestari Setakat Ini

Al-Rihla adalah bola perlawanan rasmi Piala Dunia pertama yang diperbuat secara eksklusif menggunakan dakwat dan gam berasaskan air. Corak pada bola itu melambangkan budaya dan bendera Qatar dengan reka bentuk empat warna, yang berani lagi bersemangat.

Sebagai produk pertama yang membawa logo prestasi adidas terbaru, ia direka bentuk bagi menyokong tahap kelajuan permainan, berupaya meluncur lebih laju ketika di udara berbanding mana-mana bola dalam sejarah kejohanan itu. Para pengunjung akan memulakan perjalanan mereka dengan menyaksikan sendiri sejarah ini menerusi Arkib Bola Perlawanan, yang mempamerkan detik-detik kegemilangan lampau setiap Bola Perlawanan Rasmi adidas (1970 – 2018).

peminat bola sepak

“adidas telah memainkan peranan yang tidak boleh dinafikan penting selama setengah abad memiliki Bola Perlawanan Piala Dunia rasmi untuk 14 Piala Dunia berturut-turut. Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi meraikan keabsahan sejak sekian lama ini dan mengalu-alukan peminat bola sepak Malaysia untuk menyertai kami dalam meraikan rasa cinta kita terhadap sukan bola sepak dan mengimbau kembali perjalanan piala dunia bersama-sama adidas,”

Di adidas, kami yakin bahawa menerusi sukan, kita mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan. Sebagai jenama sukan terkemuka di seluruh negara, yang mempunyai lebih 480 kedai dan butik jualan, kami sentiasa mengutamakan hubungan kami dengan pelanggan dalam setiap apa yang kami lakukan. ”

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas membolehkan kita mengimbau kembali nostalgia lama dan melihat sendiri inovasi teknologi canggih terkini menerusi bola perlawanan rasmi paling lestari yang pernah dihasilkan iaitu Al-Rihla.”

Oleh Sharmin Photographer – Pengurus Negara adidas Malaysia

peminat bola sepak

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas

Selepas keluar daripada Arkib Bola Perlawanan, para pengunjung akan dapat menerokai Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas, yang disusun berdasarkan kepada sejarahnya yang kaya menjangkau lebih setengah abad dan merangkumi 14 bola perlawanan secara berturut-turut.

Pertamanya, para pengunjung boleh melihat kawasan jualan yang padat dengan semua rangkaian produk adidas, termasuk jersi 2022.

Sebagai menghormati dan mengiktiraf budaya yang ditonjolkan dalam sejarah bola sepak negara masing-masing, para peminat sukan ini boleh membeli kit daripada pelbagai persekutuan di sepanjang jerayawara (Jerman, Argentina, Sepanyol, Jepun, Mexico, Colombia dan Sweden). Dihasilkan menggunakan 100% poliester dengan teknologi HEAT.DRY yang dipertingkatkan, koleksi jersi ini bukan sahaja lebih lestari, tetapi juga merupakan jersi berprestasi terbaik pernah dimiliki oleh jenama berkenaan.

Sesi mencuba kasut atau shoe trialling juga akan diadakan di tapak acara tersebut bersama-sama dengan stesen permainan berteraskan bola sepak. Selain daripada itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk mencipta detik istimewa sekali dalam seumur hidup dengan menyertai sesi ramah mesra eksklusif bersama-sama pemain bola sepak Malaysia dan pencipta adidas pada hari tertentu acara itu.

Pameran Bola Perlawanan Rasmi adidas turut menganjurkan satu pertandingan media sosial di tapak acara. Para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk Kod FIFA23 Ultimate Edition dan juga bola perlawanan rasmi Al-Rihla yang ditandatangani oleh David Beckham.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Instagram rasmi adidas. 

peminat bola sepak
peminat bola sepak

Kerjasama dengan Pakar Bola Sepak #1 Malaysia

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas ini dianjurkan dengan kerjasama Pakar Bola Sepak #1 Malaysia; Al-Ikhsan Sports. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para peminat sukan tempatan, Al-Ikhsan Sports ketika ini mempunyai 167 kedai di seluruh Semenanjung dan merancang untuk terus mengembangkan perniagaannya dengan menambah 100 lagi kedai di Semenanjung dan Malaysia Timur dalam tempoh tiga tahun akan datang. adidas akan terus memainkan peranan besar di seluruh negara bersama-sama dengan mereka.

Al-Ikhsan Sports juga boleh diakses dengan mudah secara digital menerusi laman sesawang rasmi mereka, saluran WhatsApp, dan pasaran e-dagang lain seperti Shopee.

Selaras dengan komitmen mereka untuk menjadikan sukan boleh diakses oleh semua, selepas sepuluh hari pertama jerayawara tersebut diadakan, Al-Ikhasan akan membawa Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi itu ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam tempoh beberapa minggu akan datang;

  • 24-27 November 2022 – KTCC Mall, Terengganu
  • 30 November – 4 Disember 2022 – Sunway Carnival Mall, Penang
  • 7-11 Disember 2022 – Mid Valley Southkey, Johor
  • 15-18 Disember 2022 – Mahkota Parade, Melaka
peminat bola sepak
Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports & Sharmin Photographer Pengurus Negara adidas Malaysia

“Tujuan kami sememangnya jelas: memastikan Malaysia kekal cergas dan aktif dengan menjadikan sukan mampu dimiliki untuk semua sejak 1993.

Bagi menunaikan janji dan komitmen kami kepada pengguna, kami berasa amat sukacita kerana dapat bekerjasama dengan adidas bagi menganjurkan acara besar seperti ini sempena Piala Dunia.

Kami berharap untuk meluaskan lagi pengalaman acara kami untuk para atlet dan peminat bola sepak menerusi gerakan jerayawara ini ke seluruh Malaysia.” 

Oleh Vach Pillutla – Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *