Peraduan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist” Raih Penyertaan Menggalakkan - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Peraduan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist” Raih Penyertaan Menggalakkan

Avatar
Share
peraduan

Peraduan mega “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021” anjuran bersama majalah pelancongan digital BackPackerz dan Tourism Malaysia menyaksikan penyertaan berbilang bangsa dari seluruh Malaysia.

Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021 dilancarkan pada 17 Mac dan berakhir pada 2 April lalu, mengetengahkan pelbagai kombinasi “wishlist” menarik dalam kalangan peserta yang seakan tidak sabar untuk kembali melancong dalam negara sebaik larangan merentas negeri ditarik balik.

Peraduan ini memerlukan para peserta menghantar sekeping gambar percutian domestik yang menarik di samping menulis cerita pendek (tidak lebih 100 patah perkataan) tentang destinasi impian yang ingin dikunjungi dalam negara.

Untuk posting peraduan boleh rujuk di sini – Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021

Peraduan

Antara lokasi yang menjadi impian dalam kalangan peserta adalah tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah, Terengganu, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Enam negeri yang kaya dengan segmen pelancongan pulau, laut dan tarikan alam semula jadi mendominasi destinasi idaman pilihan para peserta.

Tiga pemenang utama bakal melaksanakan percutian idaman mereka seperti yang ditulis ketika menghantar penyertaan.

Peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021 telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ini menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa geran perjalanan (wang tunai), produk-produk elektronik serta hadiah saguhati.

Senarai pemenang bakal diumumkan pada 19 April depan. Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

Antara penyertaan peserta, terima kasih atas sokongan anda
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!