Sertai 'Travel Hunt Pusing Selangor Dulu 2022', Berpeluang Menang Wang Tunai Bernilai RM10,450 );

Type to search

Adventure Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Sertai ‘Travel Hunt Pusing Selangor Dulu 2022’, Berpeluang Menang Wang Tunai Bernilai RM10,450

Share
hunt

Khas buat peminat Explorace di luar sana.

Pada 25 Jun ini, TOURISM SELANGOR dengan kerjasama HIKERS TRAINING CONSULTANT bakal menganjurkan aktiviti berkumpulan berkonsepkan ‘Travel Hunt’.

Bertempat di Hulu Langat Selangor, aktiviti ini akan bermula di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi pada jam 8 pagi sehingga 2 petang dengan syarat penyertaan seramai 4 orang dalam satu pasukan.

Tiada sebarang kategori ditetapkan, Travel Hunt ini terbuka pada sesiapa sahaja yang gemarkan aktiviti rekreasi outdoor dengan syarat perlulah berumur 18 tahun ke atas serta warganegara Malaysia.


BACA JUGA: 4 Negara Dengan Sambutan Aidiladha Paling Unik Yang Korang Kena ‘Explore’


 

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi, setiap peserta yang hadir tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pemenang daripada tempat pertama hingga ke 11, akan menerima ganjaran wang tunai.

Menariknya, juara bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000 manakala tempat tercorot pula sebanyak RM200. Mana nak dapat kan? Sertai Travel Hunt sekarang, menang kalah tetap dapat token.

Setiap kumpulan perlu membuat bayaran RM200 dan mempunyai kenderaan kereta sendiri.

Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan, ia semestinya satu pengisian yang menyeronokkan sesama pasukan.

Semestinya setiap checkpoints mempunyai cabaran dan menguji ketahanan fizikal anda sepasukan. 

Peringatan Buat Para Peserta

  1.  Sila pastikan kesihatan dari segi fizikal dan mental sihat dan bersedia untuk menyertai pertandingan ini.
  2. Pastikan anda sudah lengkap 14 hari selepas dos kedua vaksin.
  3. Disebabkan amalan penjarakan fizikal, anda dinasihatkan untuk mengekalkan segala aspek keselamatan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
  4. Bagi memastikan tempahan anda telah didaftarkan, peserta dikehendaki membuat bayaran penuh 7 hari sebelum tarikh pertandingan.

Maklumat Pertandingan 

✅ Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

✅ Borang penyertaan mestilah diisi dengan lengkap & ditulis dengan jelas.

✅ Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan mesti diwakili 4 orang peserta.

✅ Masa yang diberikan untuk setiap pasukan bagi melengkapkan perlumbaan adalah 6 jam.

✅ Para peserta akan dilindungi dengan skim insurans berkelompok yang disediakan oleh pihak penganjur.

✅ Sesi taklimat pertandingan akan dibuat empat hari sebelum tarikh acara & akan dilakukan secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 21 Jun 2022.

Borang pendaftaran boleh didapati di pautan ini – DAFTAR TRAVEL HUNT dan sebarang pembayaran boleh disalurkan melalui akaun CIMB: 8008438268 (Hikers Training N Consultant).

Apa lagi nak dikenang, raya pun dah lepas. Ini lah masanya untuk bakar segala lemak ketupat dan rendang di ‘Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022’.

Menang kalah belakang cerita, yang penting semua pasukan dapat hadiah!

Jom layan video di bawah ala-ala Travel Hunt + Explorace nanti. Pape pun Jom Pusing Selangor Dulu! Terima kasih atas sokongan anda semua. 

*Slot pendaftaran masih dibuka. Jom ajak travel buddy korang untuk sertai Travel Hunt ini – daftar di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!