Rindu Tokyo? Jom 'Throwback' 5 Lokasi Tumpuan & Favorite Pelancong Malaysia Bila Bercuti ke Tokyo );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Rindu Tokyo? Jom ‘Throwback’ 5 Lokasi Tumpuan & Favorite Pelancong Malaysia Bila Bercuti ke Tokyo

Avatar
Share
Rindu Tokyo

Tidak boleh disangkal lagi bahawa tahun 2020 telah berlalu pergi tanpa memberikan faedah, sekadar membataskan pergerakan di rumah tanpa pergi melancong.

Adakah korang sudah merancang percutian impian di Tokyo tetapi terpaksa ditangguh akibat sekatan perjalanan? Penulis sendiri cukup rindu Tokyo vibes.

Rata-rata ramai pengikut BackPackerz merindui destinasi Tokyo, salah satu ‘vibrant city’ yang menawarkan bandar raya yang hidup (lively), persekitaran bandar kondusif, energetic, jaringan pengangkutan awam efisien dan mampu mengekalkan suasana perbandaran hijau.

It’s okay, new year, new plan guys! Meskipun pintu sempadan masih ditutup sekarang, ia tidak bermaksud korang akan melupakan Tokyo sebagai destinasi pilihan pasca pandemik.

Rindu Tokyo
Rainbow Bridge, Tokyo

Jadi, BackPackerz senaraikan 5 lokasi tumpuan dan favorite pelancong Malaysia yang sentiasa memasang impian untuk mengunjungi spot-spot menarik sekitar bandar raya metropolitan ini.  

Tidak sah kalau melancong ke Tokyo tanpa mendekati segmen pelancongan budaya kerana bandar metropolitan ini sarat dengan eleman sejarah zaman Edo Jepun, keunikan monumen warisan dan keagamaan.

#Pilihan lokasi bersejarah

1- Nezu-jinja Shrine

Tokyo

 

Berjalan memasuki pintu gerbang torii sambil mengamati pemandangan bunga azaleas yang indah di Kuil Nezu-jinja.

Lokasi tumpuan ini dianggap sebagai salah satu daripada ‘Top 10’ monumen bersejarah di Tokyo. Jangan lupa untuk memberi “respek” dan penghormatkan kepada shrine tersebut.

Tip – Nezu-jinja Shrine dikatakan menampilkan struktur monumen keagamaan paling fotogenik di Tokyo. Terletak beberapa minit berjalan kaki dari Stesen Nezu (Chiyoda Line) dan Todaimae (Namboku Line).

Tokyo

Tokyo

#Pilihan lokasi photogenic

Terdapat banyak tempat fotogenik di Tokyo di mana korang pasti tidak sabar untuk bergambar sepuas-puasnya dan mengeluarkan kamera yang dibawa.

Tokyo dilihat menjadi destinasi kegemaran pelancong millennial yang meminati daya tarikan kontemporari, visual dan modern.

Bandar ini juga terkenal dengan tarikan street photography yang menepati citarasa pengikut korang di Instagram.

2- The Rainbow Bridge

Rindu Tokyo

Rainbow Bridge menjadi salah satu landmark popular di Central Tokyo, menghubungkan Odaiba dengan seluruh bandar Tokyo. Tarikan ini digelar Tokyo’s most iconic bridge.

Pada waktu malam, lampu jambatan bertukar warna berlatarbelakang bangunan pencakar langit Tokyo yang mengimbau semula babak filem Blade Runner. Korang boleh lepak makan dan layan pelayaran mini di atas air atau berjalan kaki di jambatan untuk mendapat perspektif dan suasana lebih menarik.

Rindu Tokyo
Rindu Tokyo

Tip – Pada hari-hari yang cerah lagi mendamaikan, terdapat beberapa bangunan pencakar langit di Tokyo menawarkan pengalaman melihat panorama Gunung Fuji berlandskapkan bandar metropolitan Tokyo antaranya Shibuya Sky, Bunkyo Civic Center, Tokyo Skytree dan Tokyo Tower.

#Pilihan lokasi – tarikan Anime, Manga

Berada di tengah-tengah perubahan identiti dari tradisional ke moden digital, kini Tokyo menjadi pusat tumpuan dan pertembungan budaya pop di Jepun.

Peredaran zaman mengubah segalanya namun simbolik kebudayaan tetap menjadi pegangan masyarakat di sini. Kini, anime, manga, kafe berkonsep, J-pop dan dunia fesyen telah menggantikannya, terutama untuk generasi millennial dan pengaruh era digital.

Bagi peminat anime dan manga, pilihan lokasi ini wajib korang pergi iaitu Akihabara untuk pengalaman lebih real dan mengujakan!

3- Akihabara “Electric Towns”

Rindu Tokyo

Lebih dikenali sebagai Akiba, salah satu tarikan bandar yang popular dalam kalangan pelancong luar kerana deretan bangunannya yang padat dengan tarikan anime, manga dan peralatan permainan atau video games.

Tip – Terletak di Central Tokyo, Stesen Akihabara mudah diakses melalui JR Yamanote Line. Sekiranya permainan retro dan vintage menjadi kegemaran korang, lawati ‘legendary’ Super Potato yang terletak sekitar Mandarake.

Rindu Tokyo

Rindu Tokyo

#Pilihan lokasi restoran halal & komuniti Muslim

Tokyo gah sebagai bandar metropolitan dan terkenal dalam kalangan komuniti pelancong Muslim sebagai hab makanan halal.

Peningkatan kunjungan pelancong Muslim dari seluruh dunia memberi impak positif kepada Tokyo. Saban hari terdapat pelbagai pilihan mesra Muslim untuk pengunjung termasuk restoran halal, pasar raya dan kedai serbaneka yang menawarkan produk halal. Kemudahan ini membuatkan ramai pengembara Muslim lebih selesa dan sentiasa rindu Tokyo.

4- Okubo – Bibimbap, BBQ & Briyani di utara Shinjuku

Rindu Tokyo
©MAHATHIR MOHD YASIN/Shutterstock

Terletak di Shinjuku, komuniti kejiranan kecil Okubo menyambut baik kedatangan pelancong antarabangsa Tokyo ke sini dengan tarikan Korean dan pusat tumpuan populasi Muslim yang berkembang pesat.

Peminat K-pop dan penggemar bibimbap boleh menikmati kedua-duanya di Okubo – ‘bandar Korea’ terbesar di Jepun.

Buat komuniti pelancong Muslim, korang boleh tuju ke kawasan Islam Yokocho yang menawarkan deretan jalan pasar, restoran dan sebuah masjid untuk memenuhi keperluan komuniti Islam di sini.

Bagi korang yang merancang percutian panjang di Tokyo dan ingin berjimat daripada kerap makan luar, boleh singgah ke Okubo untuk membeli menikmati street food, membeli rempah ratus dan bahan mentah halal di beberapa lokasi antaranya Nasco Halal Food, LAOX (Muslim section), The Jannat Halal Food Shop dan Shinjuku Halal Food.

Jangan terkejut sedang korang bersiar-siar di Okubi, boleh terjumpa restoran menyajikan makanan Indonesia dan Malaysia, bersama dengan makanan kegemaran India serta Timur Tengah seperti biryani, kari, kebab dan macam-macam lagi. Explore more and go enjoy the local foods!

Penulis seringkali membayangkan betapa indahnya suasana majmuk dan harmoni masyarakat di Okubo menjalani rutin harian.

Rindu Tokyo

Tip – Nikmati gigitan citarasa sajian asli di ‘Korean Town’ terbesar di Jepun; BBQ, kimchee dan bibimbap semua ada. Jangan lupa singgah deretan kedai serbaneka halal dan rasai hidangan lazat di Islam Yokocho.

5- Asakusa – Heart of Tokyo’s historic downtown

Rindu Tokyo

Popular dengan Sensoji Temple, Ryokan (penginapan tradisional Jepun) dan lokasi membeli-belah, Asakusa bermula sebagai kawasan hiburan yang menempatkan daerah geisha (Hana-machi) yang tertua di Tokyo.

Pengunjung luar mahupun tempatan berbondong-bondong ke Thunder Gate dan Nakamise Shopping Street yang terkenal dengan tawaran cenderamata asli Jepun, makanan ringan lazat serta ramen Halal guys!

Trivia – Ramen merupakan salah satu makanan popular di Jepun dan kawasan sekitar Asakusa menjadi pilihan pengembara Muslim khususnya Asia Tenggara.

Ianya menawarkan sajian halal yang menyelerakan antaranya ramen, sushi, burger, kebab dan banyak lagi. Memang jadi ‘port’ kegemaran pelancong Malaysia untuk food hunting.

Bukan itu sahaja, ada juga restoran yang turut menyediakan ruang solat, cukup memahami keperluan pengembara Muslim.

Rindu Tokyo
Rindu Tokyo

Trivia – Menunggang beca tradisional adalah salah satu aktiviti popular bagi pelancong di seluruh Jepun, termasuk Asakusa. Sepanjang perjalanan, korang dapat melihat dengan lebih dekat ‘hidden attraction’ dan menerokai destinasi tersembunyi dengan gaya pelancong tempatan.


Rindu Tokyo

Hah, itu semua 5 tarikan tempat menarik dan aktiviti untuk korang yang rindu Tokyo. Boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan untuk percutian pasca pandemik, tidak salah untuk kita Dream Now Visit Later ke Tokyo.

Mengimbau kenangan lalu dan perancangan masa depan, Tokyo sentiasa terpesona dengan perubahan budaya, minat, perkembangan digital dan teknologi, karya seni tempatan, keunikan sisi jalanan, kota fesyen mekar serta kekal trendy, monumen keagamaan serta tarikan warisan yang meraikan semua pengunjung.  

Pendek kata, Tokyo sememangnya bersedia menyambut semula kunjungan pelancong Malaysia dengan penuh tangan terbuka, bandar yang selamat serta progresif.


Masa terbaik rancang pengembaraan di Tokyo

  • Korang boleh berkunjung ke Tokyo pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana cuaca di negara 4 musim ini just nice.
  • Musim luruh menjelang akhir September hingga November dan musim bunga (Mac/April/Mei)
  • Musim panas pada akhir Jun hingga awal September, biasanya Tokyo menjadi panas dan cuaca sedikit lembap.
  • Of course Tokyo ada winter pada bulan Disember/Januari/Februari tetapi jangan risau, korang masih boleh plan perjalanan dan mengembara ke Tokyo. Cuma sediakan pakaian sejuk & bersesuaian sahaja.
  • Dari pertengahan Jun hingga akhir Julai pula tibanya musim hujan tetapi bukanlah rintik lebat sepanjang masa dan korang masih boleh bersiar-siar.

Bagi memastikan pengalaman percutian selamat dan mengujakan, Tokyo tampil dengan inisiatif mencegah penularan wabak daripada menjangkiti orang lain melalui pelbagai penyediaan perkhidmatan, penginapan, hotel, rumah tumpangan, pengangkutan awam dan restoran di seluruh Tokyo – semuanya mengambil langkah-langkah pencegahan yang efektif demi mengembalikan keyakinan pelancong.

Selain pembasmian kuman udara serta sanitasi, kekerapan sistem pengudaraan sentiasa diperiksa, jumlah tetamu atau pengunjung juga dihadkan serta tempahan awal turut diperkenalkan. Semestinya pemakaian pelitup muka, mengambil suhu serta penjarakan fizikal adalah diwajibkan.

Sememangnya penulis sendiri tidak sabar untuk melihat “Tokyo Tokyo Old meets New” secara lebih dekat dan realiti. Tokyo Metropolitan Government terus komited mempamerkan persekitaran lebih selamat dan mengangkat reputasi Tokyo sebagai bandar utama pelancongan di dunia.

Mata chikaiuchini o ai shimashou, Tokyo (See you soon Tokyo).

  • Untuk mengelakkan penularan Covid-19, pelbagai kemudahan di sekitar Tokyo mungkin mengubah waktu operasi, hari atau beberapa acara boleh dibatalkan atau ditunda mengikut situasi semasa.
  • Pengunjung, pelancong dinasihatkan untuk semak kemudahan rasmi atau laman web acara berkaitan untuk sebarang kemaskini serta perkembangan maklumat terkini.
  • Sila periksa dan semak Coronavirus Information sebelum mengunjungi Tokyo, informasi untuk melindungi diri mahupun keluarga tersayang.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!