Risiko Pemandu Wanita Ditipu Bab Servis Kereta Tinggi, Ini 3 Tip Dari Pakar Automotif Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Risiko Pemandu Wanita Ditipu Bab Servis Kereta Tinggi, Ini 3 Tip Dari Pakar Automotif

Share

“Kaum wanita ni tahu bawa kereta saja, bab-bab servis, baiki semua lepas tangan”.

Risiko pemandu wanita ditipu ‘bulat-bulat’ mengenai hal selenggara kereta lebih tinggi menurut penganalisis automotif.

Memetik laporan Utusan Borneo Online, seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar lebih RM50 ribu untuk memperbaiki kerosakan enjin pacuan empat roda miliknya selepas dihantar ke sebuah pusat servis.

Satu pendedahan yang memang seringkali menghantui pemandu wanita, namun itulah kebenarannya.

wanita

wanita

Tip 1 – Kebanyakan pemilik kenderaan perempuan tidak arif tentang “time frame” penyelenggaraan atau tempoh baik pulih. Itu merupakan asas pengetahuan bagi setiap pemandu yang ingin menghantar kenderaan mereka ke pusat servis atau bengkel kereta tepi jalan.

Ambik contoh, kalau pomen cakap tukar tayar empat jam, kita mesti percaya (bagi yang tidak ada pengalaman).

Tapi kalau individu yang tahu selok-belok atau pengetahuan asas, mesti terdetik dalam hati tak kan tukar tayar lama macam tu, atau tak kan tukar tayar boleh efek komponen lain rosak ataupun tidak boleh guna lagi.

Justeru, bagi pusat servis kereta tempatan dan pakar kenderaan Luxury Japanese & Continental, pengalaman yang dimiliki Vector Auto membantu memudahkan komunikasi antara pelanggan untuk lebih mempercayai kualiti serta hasil kerja yang diberikan.

“Macam kami dekat sini, kami akan tunjuk bukti setiap servis kepada customer. Kalau owner hantar kereta dan tinggal, saya akan sertakan video, tunjuk no plat, tunjuk apa rosak kemudian kita hantar semula kepada pemilik sebagai report.

“Saya akan terangkan betul-betul sebelum owner putuskan sama ada nak teruskan repair di sini atau sebaliknya. Bagi kami, buat tak buat, itu soal nombor dua.

“Tapi kita akan inspect kereta betul-betul, patut tukar atau tidak, boleh pakai dulu atau dah tamat tempoh (hayat), kerosakan tu serius atau masih minima dan sebagainya.

“Sebab tu rata-rata pelanggan khususnya pemandu wanita lebih selesa hantar kereta mereka di Vector Auto. Untung akan datang kemudian, kerana perkara ini (servis kenderaan) sentiasa berpanjangan”, menurut Romi Halid.

Wanita
Vector Auto - Pakar Servis, Baiki Kereta Tempatan, Continental & Luxury Japanese
Wanita

Tip 2 – Dari keselesaan bina keyakinan dan kepercayaan. Petikan kata itu merupakan pegangan yang diterapkan oleh pemilik pusat servis Vector Auto yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Menurut Romi lagi, bengkelnya pernah mempunyai pelanggan wanita yang tidak berkira untuk membayar kos selenggara kereta mewah di Vector Auto disebabkan faktor kepercayaan atas perkhidmatan sebelum ini.

“Rapat tak rapat, customer wanita ni bagi check kosong je, suruh kita tulis amaun. Nampak kita punya hubungan tu. Kalau kereta breakdown, dia dah pesan pada pembantu peribadi (PA), apa-apa hal cari saya untuk baiki kereta.

“Kebetulan, kami pun memang repair jenis kereta yang dia guna. Di Vector Auto, kami fokus Toyota dengan Lexus tetapi kenderaan jenama tempatan pun kami layan. Tiada masalah”, jelas pemilik Vector Auto yang meminati aktiviti berbasikal.

wanita
Ruang pejabat Vector Auto di Segambut

Xtra – Tip Bila Nak Servis Kereta Baru Dari Vector Auto

  1. Kereta baru jangan gopoh nak ‘make up’ atau tukar alat ganti.
  2. Layan dulu waranti dan komponen sedia ada.
  3. Biasakan bawa kereta untuk tempoh dua tiga bulan bagi ‘suai kenal’ terlebih dahulu.
  4. Lepas dah pakai, bagi laporan apa yang rosak, pomen akan take noted dan advise.
  5. Tiba masa nak servis, datang ke Vector Auto. Kami akan guide customer bahagian mana yang serius dan perlu diganti dalam tempoh terdekat.
wanita

Orang ramai tidak perlu risau dengan ‘stigma’, aku bawa kereta baru mesti kena ‘pakuk’ribu-ribu dengan brader pomen ni. Silap-silap kena tukar itu ini dan macam-macam lagi.

Tip 3 – Tidak kira pemandu wanita atau lelaki, sekiranya datang servis atau baiki kenderaan di Vector Auto mesti selamat sebab pengalaman dan cara kerja yang digunapakai lebih mesra pelanggan; diberi pilihan dan mengikut bajet.

Selain itu, Vector Auto memberi jaminan untuk berbincang dan memberi sebut harga sebelum pelanggan membuat sesuatu keputusan.

“Dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ni, kita tahu/sedar pemilik kenderaan takkan belanja duit benda yang tak perlu. Konsep cukup mudah, selagi boleh pakai, kita pakai.

“Kami tak mahu buat pelanggan rasa tertekan dengan amaun mahupun stigma negatif berkenaan servis atau baiki kenderaan. Kami guna pendekatan semak dan periksa terlebih dahulu, beri quotation serta nasihat apa akibatnya kalau masalah ini dilengahkan.

“Ada sesetengah pelanggan akan mempertikaikan harga dan servis, jadi kami melindungi perniagaan dengan menggunakan bayaran bersistem. Bukannya guna resit macam kedai runcit yang tular di Facebook dan sebagainya.

“Jadi, rekod kereta 3-4 tahun dulu kami boleh buat tracking dan perbandingan sebut harga mengikut harga pasaran spare part yang naik turun. Kami ada pengalaman, kami akan semak history kereta yang mempunyai kes (masalah) macam ni kemudian bagi feedback pada pelanggan”, tambah En Romi dengan penerangan yang jelas.

wanita
wanita

Penulis berpendapat faktor-faktor yang dikongsikan oleh pemilik Vector Auto ini antara sebab mengapa pemandu wanita selesa berunding dan mendapatkan perkhidmatan selenggara di Vector Auto.

“Ramai pelanggan selesa merujuk dengan saya sekiranya ada masalah pada kenderaan mereka kerana kami di sini akan jelaskan apa problem.

“Sebab kita nak customer Vector Auto ada pengetahuan tentang kereta. Saya tak nak bila pemilik tanya apa yang rosak, kita hanya bagitahu ini masalah memang common, tak spesifik dan fungsi kurang jelas.

“Supaya bila pelanggan saya balik kampung, tiba-tiba kereta breakdown, sekurang-kurangnya knowledge tu ada. Oh En Romi pernah pesan, ini jangan usik dan tukar atau sebagainya.

“Hubungan dengan pelanggan tu lebih erat dan mudah didekati. Itu penting first impression pelanggan terhadap servis kita”, jelas Romi Halid ketika mengakhiri sesi temuramah di bengkelnya.

wanita
wanita
wanita

Vector Auto – Pakar Kereta Jenama Tempatan, Continental & Luxury Japanese

Alamat: No. 154B, Jalan Segambut, 51200 Kuala Lumpur
Waze: Vector Auto
Dibuka: Isnin hingga Sabtu (9 pagi-6 petang)
Facebook: Vector Auto
Email: Vectorauto.hq@gmail.com
Telefon/Whatsapp: 012-288 8903

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!