Gencatan Senjata Tanpa Syarat, 5 Sebab Israel Mahukan Peperangan Ditamatkan Segera

Type to search

Adamedia Edutainment Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Gencatan Senjata Tanpa Syarat, 5 Sebab Israel Mahukan Peperangan Ditamatkan Segera

Share
israel

Salam Syawal ke-10 buat kita semua muslimin dan muslimat di seluruh negara. Awal subuh tadi kita telah menerima khabar berita paling gembira sepanjang Syawal buat umat Islam di seluruh dunia.

Bukan mengenai Neelofa telah didakwa di mahkamah mahupun kepetahan Caprice berdebat dengan instafamous berdarah Jews, tetapi pengumuman gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan juga Hamas yang mewakili Palestin.

Mesti korang tertanya, kenapa selepas 11 hari penentangan serta penindasan yang dilakukan Israel bertemu titik noktah buat seketika pada hari Jumaat yang indah ini.

israel

Tidak dapat dinafikan, kelantangan suara dan hebahan pengguna media sosial seantero dunia berjaya ‘menggerunkan’ Israel serta sekutunya.

Kalau korang perasan, serangan siber secara berterusan dan perkongsian informasi sahih berkaitan isu sebenar yang berlaku di Sheikh Jarrah dan Masjid Al Aqsa berjaya dirungkai sebaiknya oleh umat Islam sehinggakan berlakunya protes demonstrasi secara aman hampir di seluruh dunia.

Antara protes dan sokongan terhadap Palestin yang dizahirkan adalah di London (UK), Madrid (Spain), Baghdad (Iraq), Doha (Qatar), Berlin, Stuggard (Germany) (Johannesburg (South Africa), Turkey, Chicago (US), Tokyo (Japan), Jordan, New York (US), Karachi (Pakistan), Tunis (Tunisia), Paris (France), Indonesia, Mexico, Canada, Iran, Ireland dan banyak lagi.

Madrid, - Juan Medina/Reuters
israel
Stuttgart - Christoph Schmidt/DPA

Kenapa Israel mahukan gencatan senjata secara drastik? Wajib baca perkongsian dari Razziah H.Khan ini.

  1. Suara tentangan & tekanan masyarakat seluruh dunia.
  2. Kekalahan naratif di peringkat antarabangsa.
  3. Serangan udara meruntuhkan bangunan yang menempatkan organisasi berita dunia termasuk Al Jazeera dan AP.
  4. Gagal melumpuhkan kubu Mujahidin
  5. Desakan & pergolakan politik dalaman Israel dari parti pembangkang.

Lihatlah betapa pentingnya setiap tanggungjawab daripada kita sebarkan kesedaran mengenai isu sebenar Palestin serta sokongan kepada rakyat mereka yang dizalimi.

Kesimpulannya, tidak kira hebahan dari mulut, perkongsian di media sosial, kecil atau besar pengorbanan yang kita lakukan, sedikit sebanyak menghidupkan ‘ruang bernafas’ buat Palestin.

Setidak-tidaknya ada perubahan yang berlaku meskipun tidak sepenuhnya.

israel
AFP Photo
israel
Bangunan agensi media yang dibom Israel - Mohammed Salem/Reuters

Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin dan lantang memperjuangkan isu kemanusiaan ini tanpa mengira agama dan bangsa, kita semua bersatu dibawah satu rumah yang cintakan keamanan, toleransi dan bersifat kemanusiaan. Alhamdulillah!

*Tulisan asal oleh Razziah H. Khan. Boleh ikut perkongsian beliau di Facebook.  

*Feature image – Mohammed Abed – AFP via Getty Images

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!