Tumpu Trend Baharu & Pasaran Pelancong Muslim, Hong Kong Memperkenalkan Pelan Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19 - Verst Asia );

Type to search

Asia Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Tumpu Trend Baharu & Pasaran Pelancong Muslim, Hong Kong Memperkenalkan Pelan Pemulihan Pelancongan Selepas Covid-19

Hidayah Abdullah
Share
  • Pandemik Covid-19 berjaya ‘melumpuhkan’ sektor pelancongan global termasuk Hong Kong.
  • Keutamaan pelancong beralih kepada kesihatan awam & piawaian kebersihan di destinasi pelancongan, pengangkutan, hotel serta kemudahan.
  • Pasaran pelancongan Muslim antara segmen tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB).

Wabak Covid-19 secara jelas memberi cabaran serta pengalaman yang belum pernah dialami sebelum ini kepada sektor pelancongan.

Pandemik ini bukan sahaja merencatkan aktiviti harian malah bakal meninggalkan impak buruk selepas segalanya berakhir.

Pengerusi HKTB Dr YK Pang (kiri) & Pengarah Eksekutif Dane Cheng (kanan) memperkenalkan rancangan HKTB pada masa depan

Antara perubahan ketara melibatkan industri pelancongan global yang merangkumi penerbangan, perhotelan, penginapan, taman tema, tempat makan dan sebagainya.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB), Dr YK Pang menyatakan bahawa pandemik ini telah menghentikan sektor pelancongan Hong Kong dan seluruh dunia.

Oleh itu, HKTB telah menganjurkan sidang video pada 24 April lalu bersama ‘key player’ sektor pelancongan di Hong Kong.

Sidang video Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) bersama 'key player' sektor pelancongan 24 April lalu

Seramai 1,500 wakil dari agensi pelancongan, tarikan, hotel, syarikat penerbangan, industri runcit dan pemakanan, pihak Mesyuarat, Inisiatif, Persidangan dan Pameran (MICE) serta sektor pelayaran terlibat.

Ia termasuk perwakilan dari pejabat HKTB di seluruh dunia untuk memberi gambaran mengenai perkembangan terkini dan merancang strategi pembangunan jangka panjang.

Terima kasih Lembaga Pelancongan Hong Kong kerana sudi berkongsi kerangka strategik rancangan pemulihan bersama BackPackerz.

Jadi, kami akan kongsikan secara ringkas rancangan pemulihan tersebut.

Ladies' Market, Hong kong
Ani-Com Park @ Harbour Fun, Hong Kong
Monopoly Dreams, Hong Kong

Perubahan Lanskap Pelancongan

Setelah berakhirnya Covid-19, aspek kesihatan dan kebersihan akan menjadi dua perkara yang akan dititikberatkan. Ia akan dibentuk semula dengan melihat kepada perubahan tingkah laku dan keutamaan para pelancong.

  • Lanskap baru ini akan melihat kepada keadaan kesihatan awam di destinasi-destinasi pelancongan, meletakkan piawaian kebersihan terutamanya terhadap pengangkutan, penginapan dan kemudahan lain.
  • Selain itu, destinasi pelancongan jarak dekat serta perjalanan pendek bakal menjadi pilihan.
  • Golongan generasi muda dan pertengahan paling teruja untuk bercuti. Segmen pelancongan hijau dan outdoor akan menjadi keutamaan.
Lee Keung Kee, Street Food, Hong Kong

Tumpu Pasaran Pelancongan Muslim

Pengarah Serantau HKTB Asia Tenggara, Raymond Chan menyatakan bahawa pasaran pelancongan Muslim mempunyai potensi untuk menyumbang kepada sektor pelancongan Hong Kong.

  • HKTB sedang mempertingkatkan usaha mengembangkan pelancongan Muslim sebagai sebahagian dari rancangan pemulihan pelancongan rantau Asia Tenggara.
  • Kempen pemasaran ‘Jelajah Hong Kong’ dikhususkan buat pengunjung Muslim telah siap sedia dan bakal dilancarkan bersama inisiatif pemulihan lain.
  • Lebih banyak perkhidmatan mesra Muslim akan disediakan sebagai tanda menyambut baik kedatangan pengunjung Muslim.
Wai Kee Duck Rice, Hong Kong

Pasaran Tanah Besar

China telah meneruskan aktiviti ekonomi secara berperingkat dan penduduknya sudah kembali bekerja serta melakukan rutin harian.

  • Faktor kesihatan dan alam semulajadi akan menjadi keutamaan.
  • Rata-rata pelancong akan memilih destinasi yang berisiko rendah terdedah kepada gejala kesihatan.
  • Pasaran mesyuarat dan insentif menjadi perlahan kerana banyak perjumpaan serta aktiviti berkaitan yang ditangguhkan.
Crystal Cabin Bi-Cable Car Ride, Ngong Ping, Hong Kong

Pasaran Jarak Jauh

  • Hong Kong menjangkakan perjalanan keluar dapat disambung semula paling awal pada suku terakhir 2020.
  • Pengunjung di Asia dijangka menjadi yang pertama melawat Hong Kong selepas wabak berakhir.
  • Kebenaran perjalanan keluar dijangka pulih pada kadar lebih cepat pada pasaran negara Kanada, Perancis dan Jerman.
Trivia - Hong Kong memegang pasaran hartanah paling mahal di dunia.

Tiga Fasa Pemulihan Pelancongan Hong Kong

HKTB telah mengumumkan peruntukkan HK $ 400 juta untuk menyokong promosi oleh industri pelancongan.

  • Fasa 1 (Bertahan) – Melibatkan rancangan pemulihan pelancongan Hong Kong yang sedang dilaksanakan.
  • Peringkat 2 (Pemulihan) – Bakal bermula apabila wabak menunjukkan tanda reda dan tumpuan diberikan terhadap pasaran tempatan di Hong Kong serta promosi taktikal pasaran terpilih untuk menarik pengunjung ke Hong Kong.
  • Pelaksanaan 3 (Pelancaran semula) – Melibatkan pelancaran program mega dan kempen jenama pelancongan baru untuk membina semula imej pelancongan Hong Kong.
Suasana meriah di Sham Shui Po, Hong Kong

Penghujung kata, semua orang sudah tidak sabar untuk melancong, membuka semula operasi perniagaan dan meneruskan aktiviti harian setelah menjalani Perintah Pergerakan Kawalan.

Ayuh sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ini dengan #StayAtHome dan #KitaJagaKita.

Sumber/Foto – HKTB/Discover Hong Kong
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!