4 SEBAB VILLA KAYANGAN BANTING DESTINASI SESUAI BUAT ANDA SEKELUARGA - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Editor

4 SEBAB VILLA KAYANGAN BANTING DESTINASI SESUAI BUAT ANDA SEKELUARGA

Avatar
Share

Bercuti pada atau selepas musim Covid-19 perlu menitik beratkan soal kebersihan, penjarakan sosial dan aktiviti berkumpulan. Percutian hujung minggu di Villa Kayangan Banting pasti memberikan kegembiraan buat seisi keluarga.

Banting adalah salah satu tempat tumpuan ramai kerana menawarkan pantai dan makanan yang enak. Cukup terkenal dengan pelbagai hidangan terutama masakan daripada etnik Jawa seperti nasi ambeng, sambal tempe serta gulai ta’un (masak lemak kulit lembu) pasti membuka selera para pengunjung yang berkunjung ke sini.

Villa

Perjalanan dari Shah Alam hanya mengambil masa kurang satu jam. Dengan menempuh pekan kecil ‘menghidupkan’ lagi susasana kampung dan jauh dari kesesakan bandar. Tidak terlalu sibuk tetapi memenuhi keperluan penduduk setempat.

  1. ELEMEN TROPIKA & GAPURA BALI

Usai tiba di hadapan Villa Kayangan Banting secara langsung anda dapat merasakan aura Bali. Ukiran pintu dan reka bentuk yang mengetengahkan konsep tropika dan Bali moden.

Kawasan luar villa yang luas membolehkan anda dan keluarga melakukan aktiviti seperti sukaneka. Villa ini menggunakan 80% kayu terpakai bagi mengekalkan konsep tropika. Ruang tamu yang luas dan hiasan dalaman juga daripada buatan kayu.

Hospitaliti villa kepada pengunjung tentulah sempurna. Pengunjung boleh menikmati kemudahan yang merangkumi tempat memasak, BBQ dan kolam renang! Semua kemudahan dalam satu kawasan ibarat one stop center.

Kemudahan yang lengkap memberi keselesaan untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Villa Kayangan menawarkan pengalaman penginapan yang lebih selesa dengan harga berpatutan.

Bukan itu sahaja, Villa Kayangan Banting juga menerima tempahan untuk majlis kecil seperti akad nikah, majlis pertunangan, majlis ulang tahun perkahwinan dan sambutan hari jadi.

Villa
Aura Bali di Villa Kayangan Banting
Villa
Elemen tropika & Gapura Bali
Percutian menarik di Villa Kayangan Banting
  1. TAWAR FASILITI LENGKAP

Villa berada jauh dari persimpangan jalan raya membuatkan pengunjung lebih tenang untuk beristirahat.

Mempunyai 3 bilik tidur, bilik utama yang dikenali sebagai Kamar Purnama tersedia dengan televisyen, penghawa dingin, peti ais mini, rak baju, bilik mandi dan anjung.

Selain itu, bilik Kamar Suria dan Kamar Mentari dilengkapi dengan penghawa dingin, almari, tilam dan bantal yang cukup selesa. Pihak villa juga menyediakan sembilan tilam tambahan bersaiz bujang

Villa yang selesa dengan kawasan yang luas, kemas dan bersih mempunyai dua bahagian dapur, dapur basah dan kering. Pengunjung boleh memasak dengan membawa sendiri bahan yang diperlukan.

Paling seronok, ruang solat yang unik seakan-akan berada di bawah rumah kampung bertiang tinggi boleh memuatkan lebih daripada 5 orang dalam satu masa.

Usah risau tentang kemudahan internet. Unifi percuma tanpa had sentiasa menemani anda sepanjang masa.

Villa
Fussball board yang disediakan
Villa
Ruang makan yang selesa & dapur kering

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh klik pada nombor yang tertera di bawah;


Villa
Ruang tamu, WiFi, sofa empuk & televisyen
Villa
Kamar Purnama & ruang tamu
  1. PELBAGAI AKTIVITI MENARIK & TARIKAN BERDEKATAN

Terletak di kawasan Kanchong Darat, Banting, villa ini berdekatan dengan Pekan Banting, kawasan pantai dan kilang pengeluar produk IKS seperti kerepek yang mudah diakses.

Oleh itu, pengunjung boleh menikmati panorama Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Batu Laut, membeli belah pelbagai produk IKS di Ros kerepek, Fazz kerepek dan kawasan sekitarnya menjadi satu kemestian pengunjung yang bertamu di sini. Hanya mengambil masa 5 hingga 15 minit sahaja untuk ke lokasi-lokasi berkenaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, villa ini juga berdekatan dengan Monumen Keluarga Dato’ Haji Sidek yang mengukir sejarah dalam arena badminton negara. Anda boleh berkunjung melihat dan bergambar di sini sebagai tanda kenang-kenangan.

Pasti menggembirakan, Villa Kayangan Banting mempunyai kolam renang peribadi dengan kawasan tertutup untuk memberikan ruang privasi kepada pengunjung.

Menariknya, ada dua kolam yang disediakan, kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak secara berasingan. Ia lebih terjamin dari segi keselamatan. Kelengkapan set BBQ pit tanpa arang juga disediakan. Aktiviti BBQ biasanya dilakukan secara santai bersebelahan gazebo.

Bergembira bersama keluarga sambil membakar seafood seperti udang, sotong dan ikan. Tidak lengkap tanpa perapan kambing dan ayam.

Percutian yang lengkap di Villa Kayangan Banting pasti menggamit memori indah serta dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Untuk aktiviti indoor, anak-anak boleh bermain fussball board yang disediakan.

Villa
Kolam renang privasi istimewa buat tetamu
Villa
Kelengkapan set BBQ pit bersebelahan gazebo
Villa
Tawar fasiliti & kemudahan lengkap
  1. PAKEJ ISTIMEWA DITAWARKAN SELEPAS PKP

Villa Kayangan Banting menawarkan pakej penginapan bermula RM695 hingga RM850 untuk satu malam.

Pihak villa juga sedia menguruskan tempahan untuk sarapan pagi dan makan malam kepada tetamu dengan kadar bayaran RM35 hingga RM45 seorang dengan pelbagai pilihan menu tempatan juga masakan barat.

Anggaran tetamu untuk sebuah villa mampu memuatkan seramai 16 – 20 orang. Sesuai untuk gathering bersama keluarga mahupun meraikan bakal pengantin (bachelor celebration) di sini.

Villa

Aktiviti & kemudahan ditawarkan Villa Kayangan Banting

  • 2 buah kolam renang – privasi & kanak-kanak
  • Seni bina & struktur tropika Bali
  • Kawasan parkir yang luas
  • Gazebo
  • Set BBQ
  • Fussball board
  • WiFi percuma
  • Ruang solat

Tarikan pelancongan berhampiran

  • Layan matahari terbenam di Pantai Morib
  • Bergambar di Monumen Keluarga Dato’ Haji Sidek
  • Minum petang & bersantai di Pantai Kelanang
  • Deretan restoran & warung makanan laut
  • Membeli-belah produk IKS kerepek & sebagainya
Villa
Monumen Keluarga Dato’ Haji Sidek
Villa
Sunset di Pantai Morib

VILLA KAYANGAN BANTING

  • (Waze – Kayangan Banting) 
  • Alamat: Lot 540C, Batu 23 ¾, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor
  • Facebook – Kayangan Banting
  • Instagram – Follow Villa @Kayangan_Banting
  • Telefon: +60133768795 / +60139939533
Villa
Villa Kayangan Banting - penginapan percutian keluarga
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!