Bahaya Tarik Ekor Kucing, Boleh Mengundang Kecederaan Serius );

Type to search

Haimeow Pilihan Haimeow

Bahaya Tarik Ekor Kucing, Boleh Mengundang Kecederaan Serius

Share
ekor

Kucing sangat tidak suka apabila ekornya disentuh oleh manusia apatah lagi jika ditarik dengan kuat. Ekor merupakan bahagian terakhir dari tulang punggung (veterbrae). Ia terdiri daripada 23 bahagian dari vertebrae yang di disaluti otot tisu untuk membantu pergerakan si comel.

Jika manusia, titik seimbang ialah pada pusat, tetapi pada kucing, ekor merupakan titik keseimbangan untuk mereka berjalan ataupun berlari.

Kebanyakan kucing mempunyai bahagian hujung yang lurus, bengkok dan juga pendek. Ini mungkin disebabkan genetik kucing itu sendiri memberi kesan kepada saiz ekor mereka.

Namun apa yang penting, elakkan menarik bahagian sensitif itu secara sengaja mahupun tidak sengaja.

ekor

Mengapa tidak boleh menarik ekor kucing ?

Ini adalah kerana ia boleh merosakkan tulang belakang si comel. Kesannya boleh membawa kepada kerosakan usus.

Selain itu, kucing juga tidak akan dapat mengawal kencing dan beraknya. Jika anda tarik secara kuat akan menyebabkan perubahan posisi tulang punggung. Kucing juga boleh lumpuh di bahagian kaki belakang dan sangat sukar untuk kucing hidup dalam keadaan lumpuh seumur hidup.

Sudah pastinya kos untuk merawat kucing kesayangan anda sangat tinggi. Tapi apa yang paling sedih apabila melihat kucing dalam keadaan sakit dan tidak aktif seperti dulu. Tabiat berak dan kencingnya juga akan menjadi susah dan pasti meninggalkan kesan pada tuan mereka. 

ekor

Kita bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan di rumah. Walaupun kucing jalanan, jangan sesekali kita buat jahat dengan menganiaya mereka kerana ia akan menyukarkan kehidupan kucing.

Bagi anda yang suka bergurau kasar dengan si comel biarpun dengan niat bergurau, elakkan daripada mencederakan haiwan peliharaan ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!