Bekas Pesakit Covid dicaj 1.1 Juta Selepas Menjalani Rawatan 62 Hari di Hospital - Verst Uncategorized

Type to search

Bekas Pesakit Covid dicaj 1.1 Juta Selepas Menjalani Rawatan 62 Hari di Hospital

Uncategorized Backpackerz Berita

Bekas Pesakit Covid dicaj 1.1 Juta Selepas Menjalani Rawatan 62 Hari di Hospital

Share

Sistem kesihatan Amerika sekali lagi dikritik hebat. 

Umum mengetahui kos rawatan di hospital swasta bukanlah murah. Tetapi untuk bil bernilai 1.1 juta usd (RM4.3 juta) bagi menjalani rawatan covid-19 sangatlah tidak masuk akal. 

Ini yang berlaku terhadap Michael Flor, 70 tahun yang ditempatkan selama 62 hari di Swedish Medical Centre di Washington. Dia disahkan positif Covid dan memiliki harapan tipis untuk sembuh. Namun, keajaiban berlaku. Dia pulih dan dibenarkan keluar dari hospital. 

Namun, dia terkejut sebaik menerima bil dengan jumlah tersebut dalam bentuk resit setebal 181 muka surat. Terdapat 3,000 item termasuk mesin ventilator digunakan untuk merawat Flor yang disenaraikan dengan harga masing-masing. 

Kos ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sahaja adalah 9,000 usd sehari. Ini bermakna kos untuk dia ditempatkan dalam ICU sahaja sudah mencecah hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 1.1 juta usd. 

“Saya terkejut bil itu. Rasa seperti bersalah pula untuk pulih daripada Covid dengan nilai setinggi itu yang perlu dibayar untuk terus hidup,” ujar beliau. 

Difahamkan, syarikat Medicaid Insurance akan membayar sebahagian besar kos rawatan tersebut. Namun, itu bukanlah isunya.

Kajian mendapati Amerika secara purata membelanjakan dua kali ganda wang untuk penjagaan kesihatan berbanding negara-negara membangun lain. Dan dalam kebanyakan kes, hasilnya bukanlah seperti yang diharapkan. 

Rata-rata netizen luar negara terutamannya dari Eropah di mana kerajaan mereka menanggung kos perubatan rakyat sepenuhnya menyelar sistem kesihatan Amerika kerana tidak mengawal kos keterlaluan yang dikenakan.

Sumber: Thinking Humanity

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!