Ingin Bercuti Ala-ala Mongolia? Dekat Malaysia Pon ada );

Type to search

Backpackerz Itinerari Uncategorized

Ingin Bercuti Ala-ala Mongolia? Dekat Malaysia Pon ada

Share

Nak bercuti ke Mongolia tetapi apakan daya… gara-gara Covid, pintu sempadan negara masih ditutup dan segala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan di dalam negeri hijau sahaja.

Hah, masalah anda telahpun selesai kerana hanya bercuti di Teluk Intan, anda sudah boleh merasai sendiri pengalaman bercuti seperti di Mongolia.

Mongolian Yurt Rick Resort yang terletak di Teluk Intan Perak, sedia merealisasikan impian percutian anda. Di sini, anda bakal disajikan dengan suasana yang seakan-akan di Mongolia kerana tempat penginapan di sini berkonsepkan perumahan tradisional Mongolia yang dikenali sebagai ger.

Bercuti

Sekali pandang mungkin anda akan terfikir keciknya bilik, kenapa bentuk resort bulat? kenapa tak ada balkoni? Hah, itu la dia yang dikatakan perumahan tradisional kaum Mongolia. Keunikan yang ada pada reka bentuk penginapan di sini pasti menjadi tarikan utama buat penggemar fotografi di luar sana. Tidak kurang juga mereka yang ingin ber ootd bolehlah ber photoshoot bagi menghiasi gambar di feed Instagram anda.

Jangan terkejut ye, bilik yang nampak kecil ini boleh memuatkan antara 2 hingga 5 orang mengikut saiz bilik yang anda inginkan. Bagi mereka yang kurang berminat akan bilik ala-ala ger ini, terdapat juga bilik hotel yang mempunyai tab mandi, tingkap dan juga balkoni yang membolehkan anda menghirup udara suasana pagi di Teluk Intan.

Bercuti

Jadi bolehlah ikut perancangan masing masing sama ada hendak menginap di hotel yang unik ataupun sekadar inginkan ruang yang ‘simple but nice’. Pilihan di tangan anda.

Selain daripada tempat penginapan yang menarik, anda juga boleh melakukan aktiviti santai seperti permainan ping-pong, mandi kolam dan berbasikal. Sebarang aktiviti seperti parti ataupun majlis tertutup boleh dijalankan di dewan yang disediakan.

Semuanya ada di sini, tak payah tunggu tamat pkp, dah boleh bergambar seperti di Mongolia. Awek Mongolia je yang tak ada dekat sini, lain semua ada. Jadi bolehlah rancang percutian hujung minggu ini di Mongolian Yurt Rick Resort, Teluk Intan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!