Lebih 280,000 Maklumat Peribadi Pelajar Israel Digodam Oleh Tentera ‘Hacker’ Malaysia );

Type to search

Adamedia Isu Best Uncategorized

Lebih 280,000 Maklumat Peribadi Pelajar Israel Digodam Oleh Tentera ‘Hacker’ Malaysia

Share
israel

‘Hacker’ ataupun Penggodam pro-Palestin di Malaysia telah mencuri maklumat peribadi ratusan ribu pelajar Israel dan kini ianya telah dibocorkan secara meluas dalam talian.

Data tersebut merangkumi nama, nombor telefon, alamat e-mel, dan alamat rumah, yang dikatakan bocor di Telegram.

Serangan siber itu diumumkan oleh kumpulan penggodam Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘DragonForce Malaysia’.

israel

Menurut catatan di laman web itu, mereka juga menyeru para penggodam, organisasi hak asasi manusia, dan aktivis untuk berkempen melawan Israel dan lebih mencuri perhatian, mereka berulang kali menyebutnya sebagai ‘Israhell’.

Serangan ini berlaku dikatakan berpunca daripada pertempuran 11 hari terakhir Israel dengan kumpulan pengganas di Semenanjung Gaza.

israel

Difahamkan, maklumat yang bocor diperoleh daripada laman web AcadeMe yang merupakan salah satu rangkaian pengambilan pekerja terbesar di negara ini untuk pelajar dan graduan yang mencari pekerjaan.

Pakar keselamatan siber May Brooks-Kempler, yang mentadbir kumpulan Think Cyber ​​Safe di Facebook, sedang menyiasat sejauh mana peretasan maklumat peribadi tersebut.

Apa-apa pun, doa kami di Malaysia sentiasa bersama rakyat Palestin dan semoga mereka sentiasa dilindungi daripada tentera rejim zionis.

 

Sumber: coconuts

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!