Power Ranger Dino Fury Penerus Legasi Tema Dinosaur - Verst );

Type to search

Power Ranger Dino Fury Penerus Legasi Tema Dinosaur

Adamedia Infotainmen Movie Preview Uncategorized

Power Ranger Dino Fury Penerus Legasi Tema Dinosaur

Avatar
Share

Setelah tamatnya Power Rangers Beast Morpher tahun ini, Hasbro dan Nickelodeon akan mengangkat kembali tema dinosaur bagi siri yang baru.

Power Rangers Dino Fury dijangka akan menganas di laman Nickleodeon anda semua pada 2021.

Pada 27 September yang lepas, Hasbro telah pun mengeluarkan tiga pelakon utama iaitu, Russel Curry sebagai ranger merah, Kai Moya sebagai ranger biru dan Hunter Deno sebagai ranger pink.

Power Rangers Dino Fury Cast Reveal and First Trailer Breakdown - YouTube

Kali ini dikhabarkan kita juga akan mendapatkan ranger hijau perempuan pertama bagi siri power ranger.

Diadaptasi daripada siri Super Sentai ke-43 iaitu Kishiryuu Sentai Ryusoulger hasil ciptaan TOEI Company, Hasbro menyahut cabaran dengan mengangkat kembali tema dinosaur.

Sebelumnya,terdapat tiga tema dinosaur yang diadaptasi daripada super sentai namun adakah siri kali ini memberi impak yang lain?

Hal ini kerana, Hasbro mendapat pujian kerana berjaya memberi jalan cerita yang menarik mengenai Power Rangers Beast Morpher dimana mereka membuat cerita mereka sendiri dan kurangnya klip dari super sentai.

Para peminat Power Rangers mengharapkan sesuatu yang lebih segar dan baharu memandangkan tema kali ini agak sinonim dengan kanak-kanak di seluruh dunia.

Jadi marilah kita sebagai peminat nantikan siri Power Rangers Dino Fury bersama !

Sumber: Youtube

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!