Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Diubah ! - Verst Uncategorized

Type to search

Uncategorized Bae & Beauty Gaya Hidup

Sifat Wanita Yang Tidak Boleh Diubah !

Share

Wanita, itulah nama yang diberikan. Setiap lelaki menginginkan wanita yang menepati citarasa mereka untuk dijadikan teman seumur hidup. Lelaki dan wanita memerlukan antara satu sama lain untuk lengkapkan kehidupan mereka. Tetapi kita sedia maklum, wanita adalah makhluk yang lemah, hati cepat tersentuh dan perlukan kasih sayang.

Di sini kami ingin kongsikan antara sifat semulajadi wanita yang memang tidak boleh diubah :

1. Wanita Kuat Merajuk

Merajuk ? Memang semua wanita kuat merajuk. Walaupun hati mereka sekeras kerasnya tetapi mesti mereka akan merajuk jika mereka terasa. Masa merajuk ni la mereka akan jadi makin susah untuk baik dan lagi nak tunjuk mereka marah . Sebenarnya wanita merajuk mesti akan ada sebab. Mereka takkan merajuk secara tiba-tiba betul ?

2. Kuat Menangis

Wanita dan menangis memang tidak dapat dipisahkan kerana itu saja cara mereka hendak lepaskan marah dan sedih. Sebab tu wanita selalu akan menangis sekuat-kuatnya untuk melegakan hati mereka sendiri. Kalau ikutkan hati memang rasa hendak pukul sahaja siapa yang buat mereka sedih. Tapi itu bukan sifat wanita

3. Kuat Mengadu

Ini lagi satu sifat wanita yang memang tidak boleh diubah. Sebab tu mereka perlukan seseorang yang boleh dan tidak jemu untuk mendengar luahan hati mereka. Sebab tu kaum wanita terkenal dengan sikap mereka yang kuat membebel tu . Dari sudut positive memang bagus la mereka mengadu kerana mereka tidak memendam. Jika wanita itu seorang yang pendam memang lagi bahaya. Kadang-kadang pendam itulah boleh jadi dendam. Kalau boleh duduk dan luah sahaja apa dalam hati.

4. Kuat Cemburu

Wahhhh ini tidak boleh buat main. Kuat cemburu ini la selalu memakankan diri wanita itu sendiri. Mereka memerlukan seorang lelaki yang penyabar dan faham dengan perangai mereka. Kadang kala mereka jadi kuat cemburu kerana mereka sangat sayangkan pasangan mereka dan tidak mahu kehilangannya. Sepatutnya lelaki lebih faham dan makin sayangkan mereka. Cuba buat mereka percayakan anda dan jangan sesekali hancurkan kepercayaan wanita okay!

5. Mudah “Give Up

Iya ! Wanita sangat mudah menyerah lagi-lagi dalam perhubungan. Sebab itu kebanyakannya lelaki yang banyak pertahankan hubungan berbanding wanita. Dan sebab itu juga talak tidak diletak di tangan wanita. Kalau tidak memang ramai janda dan duda di dunia ini ! Sikap toleransi itu penting dan kena didik dari awal perhubungan, supaya terbiasa dengan sikap toleransi dengan pasangan masing-masing.

 

Ini sekadar perkongsian ye. Mungkin ada lelaki yang tidak dapat menerima perangai semulajadi yang memang ada di dalam diri wanita. Tetapi bila mereka sudah jumpa pasangan yang mereka memang sayang dan ingin bersamanya hingga akhir hayat, mereka pasti kan berubah !

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!